please leave ur link. tQ~

Tuesday, August 30, 2011

Raya, raya & raya !!


Assalamualaikum.. :D

Akhirnya, entri ini tertaip jugak selepas aku menghilangkan diri sebulan yang lalu. Maaf sebab lama sangat tak update. Sibuk belajar la. Tugasan, kuiz & ujian. Even bercuti raya nie pun ada lagi tugasan. T.T

So macam mana korang punye raya? best? syahdu? haha. Dapat banyak duit raya tak? hulur laa sikit. hehe. Ni yang sempat aku collect masa raya pertama hari tu. semuanya dari kakak abang. weee~~!!



Aku belum bekerja, so belum boleh bagi duit raya. haha. Maybe 5tahun dari sekarang baru boleh bagi anak-anak saudara duit raya. hee. Raya kali nie simple-simple saje. Tak lah grand macam yang lepas-lepas. #macam vouge sangat je kan. hehe.

So dengan kesempatan yang ada ini, aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin buat kawan-kawan yang mengenali diri aku ini. Terutamanya kawan-kawan dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampai laa ke politeknik, kawan-kawan alam maya tak kiralah kat facebook ke, twitter ke atau blog. Kalau nak mention satu - satu rasanya ber'page-page' kang. hehe.

Buat mereka yang telah pergi, sama - sama lah kita sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya tenang disana. Al-Fatihah.

Tahun nie raya bertemakan warna ungu even langsir rumah, sarung kusyen tak lah warna ungu. haha. Kebetulan pulak sama tema dengan abang & adik aku. Betul- betul tak jangka kami akan sama temanya. Tak macam tahun yang sebelumnya. hee.




Nie lah muka pagi raya. haha. Agak sembab sikit. Tahu - tahu je la malam raya tak reti nak tidur cepat. Masing-masing overnight sampai ke pagi. haha. BUkan selalu nak kumpul adik-beradik kalau tak time macam nie je.

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa.. Dalam bergurau mungkin terlanjur senda.. Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikotakan.. Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung perasaan.. Jika ada, kemaafan jualah yang dipinta.. Salam Aidilfitri.. (:

Oke oke, tu aje yang aku nak coretkan. (:

Sekian. ^--^



4 comments:

terima kasih sudi komen.. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...