please leave ur link. tQ~

Saturday, April 9, 2011

aku sudah berjaya. kau bila lagi?


Diam . Berfikir .

Seperti bermimpi rasanya . 2 tahun berlalu bagai semalam ku rasakan . Haha . Masih lagi tak percaya apa yang berada dalam gengaman ku ini . Sesuatu yang akan ku bawa ke sana ke mari . Bangga . Bangga dengan diri sendiri kerna aku telah pun bergelar JUARA tanpa pesaing . Nyata lagi dulu aku akan terus menang dalam permainan ku sendiri . Siapa pun tidak mengetahuinya .


Sudah ku atur langkah kaki ini ke mana saja yang ku mahu . Akhirnya aku sudah pun melepasi tempoh yang ditetapkan dalam Lesen Memandu Percubaan Malaysia . 2tahun. Ya, satu tempoh yang agak lama tapi aku berjaya mengharungi hujan panas petir badai gelora dengan tenang . Haha .


bukti kejayaan aku. ^___^



Sebenarnya ada kisah pada hari aku pergi renew lesen ni . Oleh sebab aku nak renew lesen P kepada lesen Full, so kena laa pergi JPJ . Kalau tak renew je kat post office je . Aku pergi ke JPJ bertemankan akak aku . Tapi aku yang drive kereta sebab die penat, baru balik kerja .


Sampai je kat JPJ tu, haha . Tak ramai orang pun . Alhamdulillah . Tak sampai 2 minit aku duduk, no. giliran aku pun naik . Sepatutnya tak ada 5minit aku berdiri kat kaunter tu boleh jadi 10minit. Erkk,sabar jela. ==,

Bila da dapat lesen tu kan rasa macam nak melompat aje . Babe, relax laa . Nak melompat ke main ting - ting ke kat uma laa . Nie public place laa . Hahaha .


Ontheway balik tu akak cakap terus pergi klinik . Oke, kena lalu jalan masa pergi tadi . Dari jauh aku da nampak sekumpulan pakcik potong rumput tepi jalan . Makin lama makin hampir dengan kumpulan tu . Paanngggg!!!! ada 'anasir' terpelanting ke arah cermin sisi kereta aku tu . Cermin kereta mula retak sedikit demi sedikit . Waaa!! aku da tak tau nak buat apa . Akak suruh aku drop kereta kat tepi jalan . Aku da tak terkata . Then akak called her husband .


Tak lama pas tu, husband akak sampai . Die terus je pecahkan cermin yang bersisa tu . Eh, sempat lagi die marah - marah kat pakcik potong rumput tu . Huhu . Aku still duduk kat seat pemandu tak terkutik pun . Tengok aje pe yang sedang berlaku . Husband akak suruh balik aje . Tak payah pergi klinik & ambil Adib . Balik jelaa .


Tak pasal - pasal duit akak melayang sebab nak betulkan cermin kereta tu . Da tak jadi balik kampung minggu nie . Kesiann sungguh .=,= Akak cakap cermin kereta tu pecah hadiah untuk aku dapat lesen full . Haha . Moh gelak ramai - ramaiii... ggr!


Moral Story : bila ternampak aje pakcik - pakcik potong rumput kat tepi jalan tu, just be ware oke! nanti tak pasal - pasal duit pulok yang melayang . T___T


Faten Say : da 3 ari aku kemas opis . Penat die mengalahkan penat masa pindah uma dulu . kaki tangan da bengkak - bengkak . tinggal ahad untuk berehat .






0 komen:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...