please leave ur link. tQ~

Wednesday, March 2, 2011

cerita pagi : kereta merajuk dengan peminjam kereta. sadis !

hey hey.

pagi - pagi lagi bangun tidur muka da monyok. sedikit tidak senonoh. erkk. bukan apa, cuma terasa mahu tidur lagi aje. mengantuk !

lepas bersiap, seperti biasa aku pun mulakan perjalanan pagi yang tampak indah ini dengan sepotong ayat Al-Quran. Ayat Kursi. hati sudah mula rasa berdebar. kurang enak. ah ketepikan ! fikiran aku mula terganggu dek tragedi semalam. aku cuma berharap sampai ke opis dengan keadaan selamat. Aminnn.

Pandan Indah, jalan sesak. lorong laju : sedang aku menoleh kanan dan kiri melihat gelagat - gelagat pemandu lain, aku terasa kereta yang ku pandu itu berat, semua meter menurun ke angka sifar. enjin kereta mati !!! lantas aku menghidupkan kembali enjin kereta. Alhamdulillah, masih lagi hidup. hati da berkecamuk. dengupan jantung tiba - tiba mendadak. apa aku nak buat kalau - kalau jadik macam tadi lagi?? perkara yang sama terjadi lagi, kali ke 3, ke 4 dan seterusnya.

rasa mahu menangis saja. tak pernah kereta nie merajuk. tapi pagi nie dia merajuk. huhu. aku decide berhenti kat kampung Melayu. biar laa apa nak jadi, aku kena call kakak aku juga. sebab dia saja yang aku ada kat bandar metropolitan nia. huhu. sedang menunggu abang ipar datang, aku dok mengelamun. entah laa apa akan jadi lepas nie. nak pergi kerja macam mana?? erkk.

abang ipar sampai. lepas check pape yang patot, dia terus hantar kereta tu kat bengkel. aku drive kereta dia, follow dari belakang. sampai kat bengkel tu, dia cakap dengan aku. tapi satu apa pun aku tak dengar. fikiran aku kosong. aku tak dapat tangkap apa yang dia cakap tu. huhu. padahal dia suruh aku ambil barang aku dalam kereta tu bawak masuk dalam kereta dia. dia hantar pergi kerja. ITU PUN AKU TAK DENGAR?? MEMANG BLANK HABIS LAA !!

on the way pergi opis tu, aku diam je. dia cakap pun aku jawab sepatah. huhu. muka tak payah cakap laa. tak bolah da nak senyum. air mata ni tunggu masa je nak gugur. tiba jep rasa bersalah kat abang & kakak. walhal tak sepatutnya pun. wuhaaaaaahahhaaaaa. kenapa dengan aku hari ni???

sampai opis da pukul 10 lebih. duduk depan opismate dengan perasaan yang kosong. huhu. nampaknya sepanjang hari ni aku memang moody laa. habis.




*ada pulak orang kat opis ni da pandai mengata ek. cakap bukan - bukan pasal aku. kau tak puas hati, kau cakap laa depan - depan laa ! erkkk. saje nak menaikan tahap temperature aku !! hayy. sabar je la. huhu.

T____T

0 komen:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...