please leave ur link. tQ~

Showing posts with label HoT mAmA. Show all posts
Showing posts with label HoT mAmA. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

permulaan satu episod..

selamat malam kalian.

hari nie hari pertama aku berkerja selepas 'diberhentikan dengan relaan' seminggu yang lepas. HAHA.

~PENAT~

siapa yang bekerja tau ape itu penatkan. now aku dah rasa. mencari rezeki yang halal hasil dari titik peluh kita sendiri memerlukan pengorbanan. kalau dulu aku sekadar pelajar praktikal, sekarang aku salah satu staf yang ada. worker. even part time.

penat. semua orang rasa. sedangkan duduk menaip ni pun penat. hehe. bercakap pun penat. cakap dengan aku apa yang kita buat kat atas bumi Allah nie kita tak akan rasa PENAT?

bila penat, jangan mengeluh. pada aku itu punca patah semangat. so just diam. itu lagi bagus. pekak kan telinga dengan apa yang orang cakap, yang penting kerja kita halal dan ikhlas.

hati kena tabah. penat-penat kita pun kita dibayar gaji kan, setimpal dengan kerja yang kita lakukan. muka kena senyum laupaun perut dah mendendangkan lagu berirama rentak asli. kan sedap tu buat halwa telinga. haha.



see.. aku masih lagi tersenyum sedangkan sudah kepenatan walaupun baru sehari bekerja. harap senyum itu kekal sampai hari terakhir aku bekerja nanti. even part time work. =='

Saturday, May 7, 2011

emak dan umi ratu hatiku. dulu kini selamanya.~

Selamat hari ibu. Aku sayangkan emak. Aku rindukan emak.

Biarpun emak sudah meninggalkan aku lewat 2tahun yang lalu, aku rasakan bagai semalam kami makan bersama. ketawa bersama. masak bersama. emak pergi meninggalkan aku yang masih dibangku sekolah.

Suatu pagi yang indah, aku bangun agak lewat memandangkan hari itu tiada peperiksaan yang dijalankan. Warga Dorm Mawar mula bising bila jam berdetik menunjukkan jarum 8, kerana detik 9 semua wajib berada di bilik prep. Saat ku turun dari katil, aku menerima panggilan dari kakak mengatakan dia sudah dalam perjalanan ke sekolahku, mahu mengambilku pulang ke kampung halaman. Hatiku gundah gulana.

Sampai dirumah, aku mencari emak. Die masih ada. Masih terbaring disisi abah. Masih tersenyum menahan kesakitan. Ku salam tangannya. Ku kucup pipinya. Pipinya yang gebu. Ku tanya keadaannya. Saudara mara mula berkumpul, menziarahi emak.

..........................................................................................................................................

Tanggal 27 November 2009, akhirnya emak pergi. Emak pergi meninggalkan aku. Tinggalkan abah, kak yah, abang mie, kak anim, kak awe, abang arul, abang man, kak janah, adam dan arif. Emak meninggalkan aku sewaktu aku berperang dengan SPM, masa depan ku. Emak pergi bersama-sama semangat ku. Emak pergi bersama harapan ku. Ku meraung melihat jasadnya yang tidak lagi bernyawa. Kaku disitu. Ku hadiahkan kucupan terakhir, pelukan terakhir. Bersama ku iringi doa ke pusaranya. Mengapa emak pergi secepat ini? Tidak! aku tidak boleh melawan takdir..

Saat rakan-rakanku bertungkus lumus membuat persiapan untuk kertas terakhir, saat itulah aku menitiskan airmata kehilangan emak. Emak yang aku sanjung dalam diam. Emak yang selalu membuatkan aku tersenyum kini telah pergi menyambut seruan Illahi. Aku redhai pemergian emak. Aku redhaaa..

Emak. Yang ku panggil selalu. Yang ku rindu selalu. Yang ku sayanggg.. Kini panggilan itu cuma tersemat di sini, dihati ini. Aku rindu dengan panggilan itu. Dari suara merdu emak, memanggil nama manjaku. Aku rindu. Bagiku, emak tiada pengganti.

"Emak, saat emak temankan ina makan kat tepi padang sekolah dulu, orang yang lalu lalang tu mesti tengok kita kan. Manis sangat waktu tu. Sebab ina taknak makan kat kantin sekolah je, mak temankan makan kat tepi padang, bawah pokok payung, tengah-tengah hari buta. Lepas makan, ina minta duit extra nak beli aiskrim. Mak bukak simpulan duit syiling kat hujung tudung, mak bagi duit belanja. Mak cakap nak hantar bekal anak je tak payah bawak bag duit. sempoinya mak. Then, mak akan pastikan ina masuk kawasan sekolah dulu baru mak balik."





Emak, walaupun emak telah pergi meninggalkan ina, emak tetap dihati ina. Juga dihati semua anak menantu cucu emak & abah.

Umi. ibu aku juga. Abah menikahi umi selepas emak pergi. Umi bukan penganti emak. Umi adalah umi, ibu kepada kami semua kini. Aku bahagia dengan kehadirannya. Aku bangga kerna aku mempunyai 2 orang ibu. Bila ku renung wajah umi, ku teringat wajah emak. Kerna wajah umi seakan-akan wajah emak. Pertama kali ku pandang umi, seperti ku pandang emak.



Haji Ahmaddariri bin kasim & Hajah Fauziah binti A. Manan


Selamat Hari Ibu, untuk semua kakak ku, kakak ipar ku, nenda, makcik-makcik ku & umi.

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Hajah Halimah binti Sharif. Semoga emak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Ina sayang emak. Ina sayang umi. <3~

Tuesday, April 5, 2011

saya suka nama saya . muahx!

Haha . Korang ada cuba aplikasi yang hot - hot kat FB tak? Ala yang rahsia rahsia tu laa . Yang autotag nama kawan FB tu la . Tau kan? Tadi aku test je buat salah satu daripadanya . Pasal 'Fun In Your Name' . Nak tau pe resultnya? ala tak menarik pun . Haha .





Da tau da kan? so macam mane? nak gelak ke? sila laa kan . Hahaha~~

Tak mahu cakap apa - apa sebab itu cume permainan saja . Haha . Aku akui laa ada betulnya apa yang aplikasi tu teka . Tapi tak semua pun . layankan je laaa . . .

I'm a very good kisser!! Hahaha .


Tuesday, March 29, 2011

kembali ke pangkuan ku ^____^






Setelah 3minggu ia berlalu baru hari nie aku nak share . Maaflaa, keadaan tak mengizinkan . T____T

2bulan yang lalu, aku ditinggalkan bersendirian tanpa sebab yang aku tak boleh terima . Tetapi aku redhai juaaa . T___T Menangis lagi . Die pergi tanpa sempat mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepadaku . Balik kerja je umah da kosong . Seperti hatiku yang sayu dan kosong dengan berita 'pemergian' die itu . Tapi siapa laa aku nak dibandingkan dengan insan yang die sayangi . Aku cuma adik yang menumpang teduh dari panas terik matahari, sejuk air hujan, dan tempat ku melelapkan mata, tak lupa juga tempat ku mengalas perut yang lapar sepanjang aku hidup bersamanya .

Hidup ku kosong sepanjang 2bulan itu . Tiada siapa yang kasihan . Belum bersuami begini laa jadi nya . Hehe . Alamak! kegatalan sudah sampai *____*

Alhamdulillah, aku dapat menjalani hidup ku selama itu dengan selamat dan cermat . Ahahaha .

3minggu yang lepas, kakak aku kembali ke pangkuan aku. !!! yeebaa yeebaa!!!! happy sangat2 sampai tak terucap . Ahahaha . Anak teruna si Adib tu da mula manja - manja . Ahahaha.

Oke . Tata~~~

Thursday, March 3, 2011

dunia baru saya. saya baru dunia.

selamat petang khamis. !

cuma nak beritahu kalian sekalian, saya sudah mempunyai Twitter & Formspring sendiri. ini laa akibat tiada kerja yang format di opis nie. ahaha. so jangan laa segan silu meng`add` saya yeah. just klik saje pada gambar - gambar di bawah. thanx Q daun keladi. *___*








T____T !~


faten say : raining day laa. sleepy. mahu pulang cepat dan tidur..zzZzzzz~

Wednesday, March 2, 2011

cerita pagi : kereta merajuk dengan peminjam kereta. sadis !

hey hey.

pagi - pagi lagi bangun tidur muka da monyok. sedikit tidak senonoh. erkk. bukan apa, cuma terasa mahu tidur lagi aje. mengantuk !

lepas bersiap, seperti biasa aku pun mulakan perjalanan pagi yang tampak indah ini dengan sepotong ayat Al-Quran. Ayat Kursi. hati sudah mula rasa berdebar. kurang enak. ah ketepikan ! fikiran aku mula terganggu dek tragedi semalam. aku cuma berharap sampai ke opis dengan keadaan selamat. Aminnn.

Pandan Indah, jalan sesak. lorong laju : sedang aku menoleh kanan dan kiri melihat gelagat - gelagat pemandu lain, aku terasa kereta yang ku pandu itu berat, semua meter menurun ke angka sifar. enjin kereta mati !!! lantas aku menghidupkan kembali enjin kereta. Alhamdulillah, masih lagi hidup. hati da berkecamuk. dengupan jantung tiba - tiba mendadak. apa aku nak buat kalau - kalau jadik macam tadi lagi?? perkara yang sama terjadi lagi, kali ke 3, ke 4 dan seterusnya.

rasa mahu menangis saja. tak pernah kereta nie merajuk. tapi pagi nie dia merajuk. huhu. aku decide berhenti kat kampung Melayu. biar laa apa nak jadi, aku kena call kakak aku juga. sebab dia saja yang aku ada kat bandar metropolitan nia. huhu. sedang menunggu abang ipar datang, aku dok mengelamun. entah laa apa akan jadi lepas nie. nak pergi kerja macam mana?? erkk.

abang ipar sampai. lepas check pape yang patot, dia terus hantar kereta tu kat bengkel. aku drive kereta dia, follow dari belakang. sampai kat bengkel tu, dia cakap dengan aku. tapi satu apa pun aku tak dengar. fikiran aku kosong. aku tak dapat tangkap apa yang dia cakap tu. huhu. padahal dia suruh aku ambil barang aku dalam kereta tu bawak masuk dalam kereta dia. dia hantar pergi kerja. ITU PUN AKU TAK DENGAR?? MEMANG BLANK HABIS LAA !!

on the way pergi opis tu, aku diam je. dia cakap pun aku jawab sepatah. huhu. muka tak payah cakap laa. tak bolah da nak senyum. air mata ni tunggu masa je nak gugur. tiba jep rasa bersalah kat abang & kakak. walhal tak sepatutnya pun. wuhaaaaaahahhaaaaa. kenapa dengan aku hari ni???

sampai opis da pukul 10 lebih. duduk depan opismate dengan perasaan yang kosong. huhu. nampaknya sepanjang hari ni aku memang moody laa. habis.




*ada pulak orang kat opis ni da pandai mengata ek. cakap bukan - bukan pasal aku. kau tak puas hati, kau cakap laa depan - depan laa ! erkkk. saje nak menaikan tahap temperature aku !! hayy. sabar je la. huhu.

T____T

Tuesday, February 22, 2011

keluar bersama bekas budak budak sekolah ! ^^'

Saya tidak lagi bergelar budak sekolah..

Budak sekolah? zaman kegemilangan yang paling best ! sape sape akan rase kan. berkawan dengan semua orang. then kena gosip gosip dengan admire. ahaha. tak pikir keje ke ape ke kan. belajar belajar dan belajar. kena denda. berebut nak beli makanan kat kantin. alangkah seronoknya kalau dapat kembali ke zaman itu.! stop it !

Isnin lepas, aku sempat laa keluar dengan geng kampung aku, saje je nak celebrate result STPM yang tengah hot dibicarakan dimana mana sekarang nie. anyway, tahniah untuk kawan kawan aku yang ambil STPM nie. kalau tak, aku pun dulu dulu macam dorang jugak. tapi bukan rezeki aku disitu. hehe.

Oke. aku tak bekerja. maka dia dia laa yang kena belanja aku nie. aahaha. pizza hut menjadi menu kami. BP Mall lokasi pilihan kami. sempat laa window shopping jap walau pun kesuntukan waktu. sebab patutnya petang tu aku kena kembali ke 'hostel sementara' aku. hehe. enjoy walau pun keluar bertiga ajep. !



3cawan mewakili 3 dara pinggitan



cakkk!



bersemangat pegang sudu n garfu !



saje nak tayang gigi !



konon nak promote. ahaha



lazzzaaaattttt !!!



^^'



luv 4 me !




thanx korang sebab belanje. laen kali sila laa belanje lagi. ahaha*_*



Friday, February 18, 2011

Yang Bukan Aku..


bisu. membisu seketika. bukan untuk selamanya. setelah sekian lama aku berbicara. dari hati ke hati. menyelami sedalam - dalamnya. tiada erti lagi.

berbicara tentang itu kadang kala membuat hati tersentap. termanggu. fikiran terganggu. emosi makin tidak stabil. mujur mereka makin tidak memahami.

sekian lama aku berdiri di lorong itu. mengapa mereka tidak menyapa? mengapa mereka tidak berbica bersamaku? terus - terusan mengeluarkan kata - kata nista. kata - kata yag tidak mampu difikirkan oleh akal waras manusia ini.

dengarkan kata hati mati ! dengarkan kata akal hidup aman sentiasa. mengapa kebahagian itu cuma sementara? tidak puas ku merasai. merindu setiap detik yang berputar. sungguh ! masa yang berlalu tidak mungkin berulang. masa yang semakin mencemburui kita.

semalam, waktu ku lalui lorong itu. keadaannya semakin gelap. samar - samar. hari ini, kau meneruskan langkah di lorong itu. gelap - gelita. tiada cahaya. tiada arah tuju. kemana langkah kaki ku ini? di mana mereka? mereka yang selalu menghantui hidup aku.

sabar. sabar itu indah. dimana indahnya? ada. rasakan melalui hati. pasti kau ketemui. aku yang masih melalui lorong itu, masih mencari sinar kebenaran. tunggu. tunggu itu memerlukan sabar. maka bersabarlah. semoga masih ada sinar di hujung jalan sana. aku akan terus menunggu. InsyaAllah, dengan keizinanNya.

kosong. seperti lorong itu. dulunya terang dengan sinar kebahagian. kini semakin gelap dicurahi kata - kata nista. sampai bila? mengapa tiada penghujungnya? mana puncanya? mana penyelesaiannya? dimana kejujuran itu? kebenaran itu? persefahaman hilang lenyap dikaburi anasir - anasir luar.

Ya Allah, sungguh besar ujianMU. sungguh tidak ku mampu terus tanpaMU. berikanlah sinar kebahagian, kesejahteraan dan keharmonian kepada mereka. aku hanya insan kerdil yang cuma menumpang di sisi mereka. tiada ruang untukku terus berbicara. hilang semangat ku. maka aku hanya memilih untuk membisu. itu lebih bermakan buat mereka dan juga aku. sekian.



sungguh aku hanya insan kerdil dimata mereka. +_+

Monday, February 14, 2011

Terwujudnya blog ini, maka wujud laa pencatat sejarah. ahaha

hello hello !! ada orang ke tak ada orang nie ?? ahaha. salam semua. kenapa laa saat - saat begini aku tidak lagi melelapkan mata berbuaikan mimpi - mimpi indah. aduhh kalau laa putera raja yang jadi hero dalam mimpi aku kan. argghh! itu semua hanya mimpi. tengok laa, mimpi lagi.

tapi yang ini bukan mimpi dong ! ia begitu benar - benar.

blog ku ini terwujub disebabkan masalah teknikal. ! sungguh aku tidak terniat untuk melakukan perkara yang begitu kejam ini. ceritanya bermula apabila..~

lokasi :: rumah effa lyana, clazmate aku.

sedang aku dan uyul, also my clazmate duduk senang hati, effa tiba - tiba menjerit. "Aten, kau ada email x??". "Ade laa, kenapa?" *ingat aku nie lemb sangat ke tak ade email. hahah* then dia sambung lagi, "aku nak pinjam email kau, nak buat blog nie." haa?? termanggu aku disitu. kenapa mesti aku kan?? huhu. "nak buat step untuk presentation power point nie. aku da ada blog, jadi tak boleh laa nak create yang baru. " Errrkkk. oke laa, aku pun bagi laa email aku.

oke, lepas je bagi email tu, dia pun terus terusan menyiapkan task tu. kami kami ni memang suka buat kerja last minit. macam nie laa jadinya. huhu. dipendekkan cerita, siap sudah blog ini dia tacap - tacap. dengan picture profile yang entah apa - apa, tajuk blog yang comel - comel. ahaha. macam nie ke blog aku masa mula - mula wujud. kelakar bila ingat - ingat balik. dan effa pun dapat markah yang agak - agak begitu tinggi belum mencecah langit untuk presentation dia tu. alahaaaiii~

disebabkan aku bukan kaki membelog pada masa itu, maka aku tinggalkan blog aku yang konon - konon comel lagi cute plus cun nie begitu saja. for a long time baru laa aku jengguk blog aku ni. suda bersawang, usang lagi catnya sudah tertanggal - tanggal. nasib baik tiang serinya masih lagi kukuh untuk terus bertahan. ahahah. *sila ketawa guling - guling sekarang jugak!

setelah aku mengecat baru dan tukar wallpaper ikut gerak hati serta menggantikan tingkap - tingkap yang dulu tercabut. haa. kan comel gitu. lagi comel dari yang dulu - dulu punya. ahaha. *puji sendiri. pelbagai gambar - gambar yang telah aku gantung bagi menaik kan lagi seri blog ni. ahahaha. sila laa meneroka blog yang konon - konon comel nie ek. sekian.



wif uyul, teman semangkuk meggi.



ni laa effa lyana, pengasas blog faten ahmad. ahaha

*_*

Saturday, February 12, 2011

saya mahu yang terbaik !


kenapa masih lagi terniang - niang?? masih lagi terdengar - dengar di telinga nie??
huu~ *semoga ia cepat - cepat luput di telinga nie dan aku tak ingat pape lagi.*

saya tau saya bukan yang terbaik, tersangat baik. tapi saya cuba menjadi yang terbaik. baik untuk semua orang. saya tak mahu ia berlaku, tapi ia sudah terjadi.

lepas 1, 1 lagi menjengah. dan seterusnya. sampai bila - bila. bagai tiada penghujungnya.


sabar, sabar dan sabar.


Thursday, February 10, 2011

saket saket pun sempat lagi berbelog !


okeh okeh. mood betol betol tengah tak baik sekarang nie. macam nak demam aje. tiba tiba temperature badan nie naik tanpa sempat aku mengeceknya. huhu.

awal awal lagi sudah menjengah 'bilik pendua.' ! memang terbaik laa kan. aku bukan yang jenis macam tu tapi lau da sampai kes special nie. kena laa rajin kan diri jugak kan. huhu. tengok jam baru pukul 6.15pagi. awal gilo laa !

pagi nie tak sempat buat sarapan. so sarapan kat opis jela. kuah talam berlauk menjadi menu pagi nie. sedap sedap. then tak sampai 1jam aku duduk. yeah ! 'bilik pendua' laa yang aku tuju. sampai ke lunch, tak ade selera nak makan. hulur laa ape ape aje, sikit jep aku jamah. huhu.

then bila da petang nie, aku still ke 'bilik pendua' tuh. huhu. bila laa nk berenti nie. huhu. hope aku kembali seperti sedia kala. heehee. kesian akuan nie, bile laa aku nak siapkan die ek. errrkk~

suda ade tenaga untuk pulang ke rumah nati. (:

nie mesti kes mcD malam td nie. tobat tak nak makan untuk sebulan nie !!

Wednesday, February 9, 2011

percubaan pertama ! go go faten !


Serius aku tak penah begini !!!

Ahahaha. sabtu lepas, aku kuar dating bersama tersayang. so sebelum hari tu tiba, aku berangan - angan lah nak tukar penampilan sikit. asyik sama jep tiap kali kuar ! tup tup tang baju tu jugak aku pakai, tudung tu juga aku capai. seluar jangan cakap lah. jeans, wajib !

Memang da berniat lama akan hal ini, tapi disebabkan ke'luas'an wang, dan ke'banyak'an idea, maka niat tu tinggal niat saje. tapi sekarang aku da membuktikan niat aku itu tercapai. ilham ini aku curi ( bukan curi, tapi sumber inspirasi ) dari orang sekeliling aku nie. mula dari housemate aku sampai laa kenalan praktikal aku, baru laa aku terbuka hati untuk mengapai bintang di langit tu. wow ! tinggi tu, mane nak capai ni kan ? ~

Dulu - dulu, bila orang tanya, aku cuma jawab pintu hati belum terbuka. ahaha. kakak aku pun ada sarankan tukar sikit cara bertudung tu. aik, ada yang tak kena ke? salah ke aku terus begini? tapi itu dulu, sekarang aku nak cuba sesuatu yang baru. bila tengok orang bertudung macam tu nampak cantik. aku bukan nak cantik macam dorang tu, just for fun jep. enjoy kan diri sendiri. *tak mintak pujian pun* ahaha

Aku mula laa mencari - cari bahan supaya plan gila aku nie tercapai. ke hulur ke hilir sorang - sorang. boleh mati kutuk macam nie. haha. tapi apa boleh buat. just co0l beb !!

So nie laa hasilnya ! mehhh tengok ramai - ramai. (:


sungguh ketara perbezaannya. huhu~



setelah di tacap - tacap ~


my currently wallpaper !


Bila pakai macam nie, aku rase. Ya Allah, tembamnya aku nie. ahaha. pas nie boleh laa test - test pakai cara yang lain pulak. ahaha. tapi tu dalam bab niat yang lain pulak laa. ahaha. niat yang ni da selamat aku tunai kan. Alhamdulillah ~

*_*




Tuesday, February 1, 2011

bile pertemuan diakhiri dengan perpisahan ~

mood ari nie berterabuh! sume macam nak tak nak aje.

pagi -pagi lagi sudah memasang strategi. haha. macam nak berperang aje bunyinye. hahagaga. strategi yang aku takkan bersedih depan akaq aku tu. yela, mulai ari nie, i will be lonely. huhu. macam sedih aje kan. cool beb !

tadi tak breakfast, tapi sempat laa minum milo (*tak penah - penah breakfast milo jek) then zana, anak tuan tanah opis nie ajak pegi pusat bandar, temankan die buat skin treatment. oke laa, pagi - pagi nie belum ade keje sangat. huhu. sempat laa die belanje breakfast, yang laen-laen kena claim oke. haha.

now, aku cuma duduk-duduk saje. memikirkan ape yang akan berlaku lepas nie. haha.

tak penah selama aku duduk dengan akaq nie, aku kua sorang-sorang. tapi tadi malam, aku da buat keje gile. huhu. so, aku decide nak kuar shoping. dapatlaa tenang kan diri nie jap. aku macam tak sanggup nak berpisah dengan akaq aku tu. ello! die bukan pegi mane pun, die cume nak stay rumah mak mentua die saje sepanjang tempoh berpantang nie. relax laa. haha. cakap memang senang kan, tapi dalam hati nie, bekemacuk beb !

aku cume menbayangkan hidup aku selama sebulan nie tanpa die. owh my god! mesti sunyi. huhu. mesti aku rindu suare die tikala memanggil aku soh makan, soh tolong die itu laa ini laa. then suare husband die yang suke memerli aku tu. "makan aje laa fesbuk tu" haha. aku suke dengar husband die cakap macam tu. haha. *padahal die pun same, kaki fesbuk !


muhamad adib danial.

Sabarul minal iman, faten! jangan lupe tu. so as long aku boleh bersabar, bersabar laa. (: sebulan tu tak laa lame mane. hehe.

esok. esok. esok. cepatlaa esok. tak sabar nak balik kampung nie. hehe. parit raje! tunggu kepulangan ku! haha.



Friday, January 28, 2011

senyuman di hujung hari..

salam. pembuka kata untuk hari ini. (:

permulaan hari dengan penuh debaran. berdebar untuk mendapat anak buah yang terbaru.

sebenarnya, dah lame aku pegang title makcik nie, atau lebih sopan dipanggil untie. haha. masuk tahun nie, kira-kira sudah 12tahun gitu. wow! lamenya! ini lah penangan adik bongsu. tapi rasa bersyukur itu tetap ade okeh. dapat lah belajar pape berkaitan baby nie. tak payah pegi klinik belajar cara-cara mengendalikan baby nati. ahaha. ^^"

back to the topic, aku telah pun disahkan memegang title untie tengahari tadi untuk anak sedara yang ke 11. baby boy. 3.56kg, bernama Muhamad Adib bin Mohd Afham. Alhamdulillah. gembira yang teramat! walaupun aku cuma mendengar saje, tapi debaran itu aku turut merasainya. aku cuma mampu berdoa agar semuanya dalam keadaan baik-baik saje. (:

balik dari kerja tadi, sempat lah aku menziarahi kakak ku. rancangan nekad aku tu menjadik pun. haha. tahniah untuk diri sendiri sebab hari ini lepas untuk drive sorang-sorang tanpa bantu sesiapa, selamat sampai ke destinasi.

tika ini, maka bertambah lah hero cucu Haji Ahmad. hehe. nie turutan cucu heronya.

Amirul Aiman
Akmal Alif
Afiq Haikal
Amsyar Hafizi
Adib

semua nama bermula pangkal huruf A kan. macam nama si atuknya. owh cucu atuk mmg begitu! hehe.

cucu heroinnya memang ramai. sume cumel-cumel macam untie die yang nie. *sape lagi nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri* haha.


masih belum cukup korum nie. ahehh

maka dengan kelahiran cucu Adam nie yang membuatkan aku tersenyum sehingga mahu mengalir air mata kegembiraan di hujung hari ini. baru ku tahu erti keperitan, kepayahan dan pengorbanan si ibu melahirkan anaknya, kerisauan si bapa yang jelas lagi ternyata.


--> jasamu akan ku kenang wahai ibu ! Al-Fatihah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...