please leave ur link. tQ~

Wednesday, March 23, 2011

merajukkk? macam mana nak pujuk!!


Hey Guys!

Korang salu merajuk tak dengan boyfren/girlfren korang?? bagi yang ada laa . so macam mana korang pujuk pasangan yang tengah merajuk tu?? ada kesan tak? hehe . aku nie cakap macam tak salu merajuk je kan padahal I'm the winner laa beb ! wink wink .


Aku akui bab - bab merajuk nie memang TOP ! oppss bukan nak bangga diri ke ape . just wanna you know aku nie cepat touching . Ahaha . Moh gelak ramai - ramai ! Ahahahahahahhaaaa kau gelak kan orang no 1 yea . Tunggu laa orang gelakkan kau, lau tak meraung menangis kau nati.



Silent . Back to topic .



Merajuk dan pujuk saling berkait . Bila si die merajuk, kita as boyfren/girlfren mesti akan pujuk pasangan kita tu kan . Paling tak pun belanja si die aiskrim. wow! my fav laa . Huhuu . Or cari laa something yang boleh buat si dia terpujuk dan memaafkan kita . Its clear??

Then aku terbaca note nie pasal pujuk memujuk nie laa . Korang tengok laa sendiri yea . ^__~!


Setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Tak merajuk, xkapel la kan?? Tapi bila dah merajuk, nk buat ape?? Jgn panik, bace dulu...


Kenapa merajuk?

Sebelum tahu cara memujiuk, kena tau sebabnye dulu. Following adalah antara sebabnya...:

1. Cemburu

Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.Cemburu juga tanda sayang..

2. Mahukan perhatian

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk. Yg ni biasanya payah yg lelaki nk paham. Utk pmpuan yng merajuk yg ni, mintak citer la tros.sbb kdg2 lelaki xphm..(cecite, cecite, cecite...)

3. Tidak dapat apa yang diinginkan

Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan Lamb Chop(Aku gile Lamb Chop, so??), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan Lamb Chop. Payah jugak ni. Mintak - mintak time ngandung nanti xmntak yg pelik - pelik la...


Bagaimana nak pujuk?

Ok Dah tau sebab, baru semangat nk pujuk kan??jeng3..Ni lah cecare nye...

1. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus terang je. Toksah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana menunjukkan bhawa korg mengambil berat kt Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan. alah, lg pn korg bertolak ansur pn ngn org yg korg syg gk kan??berbaloi lah...

3. Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba korg bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power korg dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang dah disebutkan tadi.Ini kelakar smpi smbil taip ni pn boleh tersenyum.korg pn tersenyum (lagi2 yg pmpuan tu) Xyah nk cover..=)


4. Nyanyikan lagu buatnya

Ha, yg ni payah…tips ini paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak korg menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa lps korg nyanyi? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya. (ni boleh ckp secret weapon la.. kena tau timing yg sesuai sebelum keluarkan..=))


Semoga si Dia tersenyum kembali! (credit to gingerbread53)




*walaupun kita kadang kala tak sehaluan, tapi hati kita sama*


*__________*~

0 komen:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...