please leave ur link. tQ~

Showing posts with label selingan. Show all posts
Showing posts with label selingan. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Peramah? Tak rugi pun. (:

Hey korang. Ada sihat? bagus - bagus. Aku kurang sihat sebenarnya. Tapi aku masih boleh online sepanjang hari, masih lagi boleh mengemas rumah dan membasuh baju. Itukan tugasan harian. So jangan mengeluh. Hebat bukan?

Haha. coretan kali nie simple. Maybe simple yang sangat simple. Hari ni aku cuti. Off dari bekerja. Takde nak pelik lah cuti hari khamis. Haha. Biasa lah aku bukan kerja gov. yang cuti hari sabtu & ahad tu. Aku nie kerja salewoman jela.

Tadi aku pergi buat buku bank. Bos aku tu lah agak leceh, sebab semua staf dia, part time atau tak kena @ wajib buka buku bank. So dengan rela dan redha, aku pun buat lah tadi. Bank tak ramai orang jadi cepat jela proses open account tu siap. Cehcehcehhh. Yang bestnya tu, staf bank tu peramah gila. nope! sangat peramah. Pas je IC kat staf tu. Dia termanggu sekejap. Dah kenapa? Rupanya bekas pelajar abah aku & member abang aku. Owh lupa, abah memang femes kat pekan ni. Haha. *tiba-tiba pulak nak bangga-bangga kau pehal!

Then borak-borak la dengan staf tu. Adik belajar kat mana? Adik amik kos apa? Nanti nak belajar sampai peringkat apa? Degree? Eh teruskan je sampai master. Wow! kan best lau pergi setiap bank dapat layanan macam nie. Keluar bank je senyum sorang-sorang sebab layanan staf tu memang terbaik. Haha. *owh, aku tak angau dengan staf tu okeh. he like my brother jep. Malah staf tu share lagi pengalaman dia kat aku. "Tak kisah laa dik kalau ambik akauntansi tapi kerja kat bank. Boleh je. Member saya dulu ambil degree sejarah tapi kerja kat bank. Oke je. Asalkan ada basic."

Tak pasal-pasal dapat ilmu free. (:

Sepatutnya aku kena teruskan menyiapkan report praktikal aku tu. So bila lagi mau buat? Sekarang laa. Tangan nie memang gatal nak menaip, menaip dan terus menaip kat sini. Haha.
Lepas tu lagi laa gatal tangan aku nie mengedit-edit gambar lama. Hasilnya.. tarahhh..




Tengok -tengok.. Aku cuba mengedit yang sesimple mungkin. *padahal saje je nak test app picnik yang aku belum try tu. huh!

Entah siapa la mamat bertuah kat belakang tu. Sangat bertuah la sebab tertampal kat gambar aku nie. Tau dek dia, abes aku kena buku 5. Tapi mana mungkin, kan tayunk kan? Haha.

2minggu dari sekarang aku akan berhenti bekerja. Tak sabarnya nak tunggu masa itu. *___*


Faten cakap nak siapkan report secepat mungkin dengan harapan tanpa ada apa-apa halangan. InsyaAllah. =='


Saturday, May 14, 2011

Aku Cinta Padamu??

terharu sebab my lover postkan lagu ni kat wall aku. penat bekerja tadi hilang macam tu aje. kan bagus lau hari-hari macam itu. tapi tak mungkin. haha.

jum layan sama-sama.




then, sempat laa kau gaduh dengan BFF aku kejap sebab lagu nie. nonsense! haha

mr. orange, thanx yea.. so sweet my dear.. <3

Thursday, March 31, 2011

satu jiwa satu impian


mengapa terjadi perpisahan ini, tika hati terukir namamu.


Sungguh! bukan itu yang ku mahu .
Bukan itu yang ku mahukan untuk kesekian kalinya .
Aku tidak mahu ia pergi dari sisiku.

Aku amat menyayangi dirinya.

Merindui dirinya.

Mengapa permainan hati ni bermula kembali??

Buangkan perasaan itu jauh - jauh.
Mungkin lagu nie yang perlu didendangkan disaat ini.

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Akan ku terus berdiri pertahankan hubungan ini, kerna ku mahu lebih dari itu. kita satu jiwa satu impian. T____T

Ya Allah, besar dugaanMu. Tabahkan hati hambaMu ini, permudahkan perjalanan hidupku. Panjangkan laa jodoh antara kami. Aminnn~~



just the way you are! ~

Thursday, March 24, 2011

biarlaah jujur dari menipu !





JUJUR . Sering kali dipertikaikan dalam suatu hubungan tu . Baik perempuan atau laki, paling tak pun die akan tanya 'U jujur dengan I tak selama hubungan nie?' Bab ape yang perlu kita jujur pada sang kekasih tu??. Tang mane tu? Kadang - Kadang kita sendiri binggung kan . Lau bagitau nati merajuk, lau tak bagitau nati lagi naik hangin .

Maaf jika entri kali nie menyingung mana - mana pihak . Rasenya tak ada kot . Maaf juga jika ia agak kebudak-budakan .

Tadi mase aku check inbox fon aku tu, aku tak fikir pape pun . Mostly mesej dari Bf aku . Sedang leka delete mesej - mesej tu, aku terpandang 1 mesej yang membuatkan terpana . Mesej tu biasa je . Aku bace berulang kali mesej tu . Hati tersentap . Rase macam nak marahhh sangat kat orang yang hantar mesej tu ! Tapi.. entah laa .

Aku cuba buang perasaan negatif tu cepat - cepat . Nati jadi barah pulak kat hati nie . Da laa lately nie aku cepat touching . Heyy .

Ape salahnya lau die jujur dengan aku . Tak payah nak tipu - tipu bagai . Lagi - lagi lau orang yang kite percaya plusss sayang pluss rindu sampai tahap gaban tu tipu kita kan . Wowww!!! lagi terbakar hati kang . Sabaaarrr fateeennnn~

Bila da terkantoi, ambikkk kaww!! Tergugup kau nak membebel kat aku . Tergetar - getar nak say sorry bagai . Aku? tak yah laa tanya . Entri nie da menceritakan segalanya . Last - last aku maafkan juga . Begitu lembut hati perempuan nie kan . Diuji banyak - banyak kali pun still boleh terima . Tapiii.. jangan laa buat lagi . Mau terbalik bumi nie kang . opps! Agak kasar . Maaf .

Aku sangat terkesan dari kejadian tu . Biarlaah . Apepun sume da berlalu . Bile ingat balik, hati aku sakit pulak . Susahkan nak lupakan ape yang da berlalu . Erm .

Semoga die ambil ikhtibar dari peristiwa nie . I just hope ia takkan berulang lagi . Mau tak aku meraung sampai bengkak - bengkak mata . Huhh . Sadis . T________T


*jangan laa menipu. tak salah jujur dengan pasangan. bukan kah kita mahu hidup bersam kelak?*

Wednesday, March 23, 2011

merajukkk? macam mana nak pujuk!!


Hey Guys!

Korang salu merajuk tak dengan boyfren/girlfren korang?? bagi yang ada laa . so macam mana korang pujuk pasangan yang tengah merajuk tu?? ada kesan tak? hehe . aku nie cakap macam tak salu merajuk je kan padahal I'm the winner laa beb ! wink wink .


Aku akui bab - bab merajuk nie memang TOP ! oppss bukan nak bangga diri ke ape . just wanna you know aku nie cepat touching . Ahaha . Moh gelak ramai - ramai ! Ahahahahahahhaaaa kau gelak kan orang no 1 yea . Tunggu laa orang gelakkan kau, lau tak meraung menangis kau nati.



Silent . Back to topic .



Merajuk dan pujuk saling berkait . Bila si die merajuk, kita as boyfren/girlfren mesti akan pujuk pasangan kita tu kan . Paling tak pun belanja si die aiskrim. wow! my fav laa . Huhuu . Or cari laa something yang boleh buat si dia terpujuk dan memaafkan kita . Its clear??

Then aku terbaca note nie pasal pujuk memujuk nie laa . Korang tengok laa sendiri yea . ^__~!


Setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Tak merajuk, xkapel la kan?? Tapi bila dah merajuk, nk buat ape?? Jgn panik, bace dulu...


Kenapa merajuk?

Sebelum tahu cara memujiuk, kena tau sebabnye dulu. Following adalah antara sebabnya...:

1. Cemburu

Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.Cemburu juga tanda sayang..

2. Mahukan perhatian

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk. Yg ni biasanya payah yg lelaki nk paham. Utk pmpuan yng merajuk yg ni, mintak citer la tros.sbb kdg2 lelaki xphm..(cecite, cecite, cecite...)

3. Tidak dapat apa yang diinginkan

Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan Lamb Chop(Aku gile Lamb Chop, so??), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan Lamb Chop. Payah jugak ni. Mintak - mintak time ngandung nanti xmntak yg pelik - pelik la...


Bagaimana nak pujuk?

Ok Dah tau sebab, baru semangat nk pujuk kan??jeng3..Ni lah cecare nye...

1. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus terang je. Toksah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana menunjukkan bhawa korg mengambil berat kt Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan. alah, lg pn korg bertolak ansur pn ngn org yg korg syg gk kan??berbaloi lah...

3. Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba korg bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power korg dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang dah disebutkan tadi.Ini kelakar smpi smbil taip ni pn boleh tersenyum.korg pn tersenyum (lagi2 yg pmpuan tu) Xyah nk cover..=)


4. Nyanyikan lagu buatnya

Ha, yg ni payah…tips ini paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak korg menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa lps korg nyanyi? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya. (ni boleh ckp secret weapon la.. kena tau timing yg sesuai sebelum keluarkan..=))


Semoga si Dia tersenyum kembali! (credit to gingerbread53)




*walaupun kita kadang kala tak sehaluan, tapi hati kita sama*


*__________*~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...