Hey korang. Ada sihat? bagus - bagus. Aku kurang sihat sebenarnya. Tapi aku masih boleh online sepanjang hari, masih lagi boleh mengemas rumah dan membasuh baju. Itukan tugasan harian. So jangan mengeluh. Hebat bukan?
Haha. coretan kali nie simple. Maybe simple yang sangat simple. Hari ni aku cuti. Off dari bekerja. Takde nak pelik lah cuti hari khamis. Haha. Biasa lah aku bukan kerja gov. yang cuti hari sabtu & ahad tu. Aku nie kerja salewoman jela.
Tadi aku pergi buat buku bank. Bos aku tu lah agak leceh, sebab semua staf dia, part time atau tak kena @ wajib buka buku bank. So dengan rela dan redha, aku pun buat lah tadi. Bank tak ramai orang jadi cepat jela proses open account tu siap. Cehcehcehhh. Yang bestnya tu, staf bank tu peramah gila. nope! sangat peramah. Pas je IC kat staf tu. Dia termanggu sekejap. Dah kenapa? Rupanya bekas pelajar abah aku & member abang aku. Owh lupa, abah memang femes kat pekan ni. Haha. *tiba-tiba pulak nak bangga-bangga kau pehal!
Then borak-borak la dengan staf tu. Adik belajar kat mana? Adik amik kos apa? Nanti nak belajar sampai peringkat apa? Degree? Eh teruskan je sampai master. Wow! kan best lau pergi setiap bank dapat layanan macam nie. Keluar bank je senyum sorang-sorang sebab layanan staf tu memang terbaik. Haha. *owh, aku tak angau dengan staf tu okeh. he like my brother jep. Malah staf tu share lagi pengalaman dia kat aku. "Tak kisah laa dik kalau ambik akauntansi tapi kerja kat bank. Boleh je. Member saya dulu ambil degree sejarah tapi kerja kat bank. Oke je. Asalkan ada basic."
Tak pasal-pasal dapat ilmu free. (:
Sepatutnya aku kena teruskan menyiapkan report praktikal aku tu. So bila lagi mau buat? Sekarang laa. Tangan nie memang gatal nak menaip, menaip dan terus menaip kat sini. Haha.
Lepas tu lagi laa gatal tangan aku nie mengedit-edit gambar lama. Hasilnya.. tarahhh..
Tengok -tengok.. Aku cuba mengedit yang sesimple mungkin. *padahal saje je nak test app picnik yang aku belum try tu. huh!
Entah siapa la mamat bertuah kat belakang tu. Sangat bertuah la sebab tertampal kat gambar aku nie. Tau dek dia, abes aku kena buku 5. Tapi mana mungkin, kan tayunk kan? Haha.
2minggu dari sekarang aku akan berhenti bekerja. Tak sabarnya nak tunggu masa itu. *___*
Faten cakap nak siapkan report secepat mungkin dengan harapan tanpa ada apa-apa halangan. InsyaAllah. =='
0 komen:
Post a Comment
terima kasih sudi komen.. (: