please leave ur link. tQ~

Saturday, May 7, 2011

emak dan umi ratu hatiku. dulu kini selamanya.~

Selamat hari ibu. Aku sayangkan emak. Aku rindukan emak.

Biarpun emak sudah meninggalkan aku lewat 2tahun yang lalu, aku rasakan bagai semalam kami makan bersama. ketawa bersama. masak bersama. emak pergi meninggalkan aku yang masih dibangku sekolah.

Suatu pagi yang indah, aku bangun agak lewat memandangkan hari itu tiada peperiksaan yang dijalankan. Warga Dorm Mawar mula bising bila jam berdetik menunjukkan jarum 8, kerana detik 9 semua wajib berada di bilik prep. Saat ku turun dari katil, aku menerima panggilan dari kakak mengatakan dia sudah dalam perjalanan ke sekolahku, mahu mengambilku pulang ke kampung halaman. Hatiku gundah gulana.

Sampai dirumah, aku mencari emak. Die masih ada. Masih terbaring disisi abah. Masih tersenyum menahan kesakitan. Ku salam tangannya. Ku kucup pipinya. Pipinya yang gebu. Ku tanya keadaannya. Saudara mara mula berkumpul, menziarahi emak.

..........................................................................................................................................

Tanggal 27 November 2009, akhirnya emak pergi. Emak pergi meninggalkan aku. Tinggalkan abah, kak yah, abang mie, kak anim, kak awe, abang arul, abang man, kak janah, adam dan arif. Emak meninggalkan aku sewaktu aku berperang dengan SPM, masa depan ku. Emak pergi bersama-sama semangat ku. Emak pergi bersama harapan ku. Ku meraung melihat jasadnya yang tidak lagi bernyawa. Kaku disitu. Ku hadiahkan kucupan terakhir, pelukan terakhir. Bersama ku iringi doa ke pusaranya. Mengapa emak pergi secepat ini? Tidak! aku tidak boleh melawan takdir..

Saat rakan-rakanku bertungkus lumus membuat persiapan untuk kertas terakhir, saat itulah aku menitiskan airmata kehilangan emak. Emak yang aku sanjung dalam diam. Emak yang selalu membuatkan aku tersenyum kini telah pergi menyambut seruan Illahi. Aku redhai pemergian emak. Aku redhaaa..

Emak. Yang ku panggil selalu. Yang ku rindu selalu. Yang ku sayanggg.. Kini panggilan itu cuma tersemat di sini, dihati ini. Aku rindu dengan panggilan itu. Dari suara merdu emak, memanggil nama manjaku. Aku rindu. Bagiku, emak tiada pengganti.

"Emak, saat emak temankan ina makan kat tepi padang sekolah dulu, orang yang lalu lalang tu mesti tengok kita kan. Manis sangat waktu tu. Sebab ina taknak makan kat kantin sekolah je, mak temankan makan kat tepi padang, bawah pokok payung, tengah-tengah hari buta. Lepas makan, ina minta duit extra nak beli aiskrim. Mak bukak simpulan duit syiling kat hujung tudung, mak bagi duit belanja. Mak cakap nak hantar bekal anak je tak payah bawak bag duit. sempoinya mak. Then, mak akan pastikan ina masuk kawasan sekolah dulu baru mak balik."





Emak, walaupun emak telah pergi meninggalkan ina, emak tetap dihati ina. Juga dihati semua anak menantu cucu emak & abah.

Umi. ibu aku juga. Abah menikahi umi selepas emak pergi. Umi bukan penganti emak. Umi adalah umi, ibu kepada kami semua kini. Aku bahagia dengan kehadirannya. Aku bangga kerna aku mempunyai 2 orang ibu. Bila ku renung wajah umi, ku teringat wajah emak. Kerna wajah umi seakan-akan wajah emak. Pertama kali ku pandang umi, seperti ku pandang emak.



Haji Ahmaddariri bin kasim & Hajah Fauziah binti A. Manan


Selamat Hari Ibu, untuk semua kakak ku, kakak ipar ku, nenda, makcik-makcik ku & umi.

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Hajah Halimah binti Sharif. Semoga emak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Ina sayang emak. Ina sayang umi. <3~

0 komen:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...