please leave ur link. tQ~

Monday, February 28, 2011

jejalan sampai tak ingat dunia. *_*

Hey kamu kamu semua. huhu.

Kenapa petang petang begini mood sentiasa mengantuk?? boleh cuba bayangkan tak??



.................................................





sesi membayangkan sudah pun habis.

aku mencorat coret kan sini masa bekerja ini sebab aku MENGANTUK!!! ahaha. sila ketawa dengan kuat dan seboleh yang mungkin. kerja jangan cakap laa. memang tak penah nak siap. memang sentiasa mencemburui aku dan opismate aku yang lain nie. oke, berhenti gelak sekarang.

nak tahu kenapa aku mengantuk tahap dewa hari nie??

kata aje hujung minggu, boleh rehat rehat, tidur sampai matahari pacak atas kepala. tapi tidak bagi aku. kesian kan. aku masih lagi dalam mood kurang sihat dan emosi tidak stabil. sila laa menyemaknya disini. tapi sekarang cuma kurang sihat aje.

walaupun kesihatan aku masih lagi tidak mengizinkan, aku masih lagi mampu untuk pergi bersuka ria bersama kawan - kawan aku. ahaha. semalam, aku sempat laa pergi majlis perkahwinan abang kawan aku dekat Ayer Molek, Melaka bersama yang tersayang. masa tu demam da oke sikit, selsema da kurang TAPI suara pulak yang kejap kejap ada, kejap keja tak ada. so cakap pakai bahasa isyarat jela nanti. ahaha.

biarpun tak ramai clssmate aku yang datang tapi pada kami yang datang nie tetap meriah, DAN aku jumpa pengasas blog aku yang tercinta nie. wahh berpelukan kami berdua. bagaikan 10tahun tak berjumpa ! ahaha. rindu laa kawan, say effa.







lepas aje pergi majlis orang kahwin tu, aku dan tersyang pun pergi laa dating kejap. mula - mula nak pergi PCFair, tapi tukar plan pulak. huhuu. so kitorang lepak tepi pantai puteri sampai laa petang. *budak bertuah nie memang tak reti nak balik rumah !*








Akhirnya, pukul 7 lebih baru aku gerak balik Batu Pahat. sampai je rumah, relax relax jap, terus tidur sebab pagi tadi aku kena drive balik Johor Bahru. gila tak gila laa. da laa penat tak hilang lagi, tidur tak cukup. kan da terkapai kapai nak buat kerja sekarang nia. sungguh tragis faten ! walaupun penat tu masih terasa lagi tapi enjoy laa keluar semalam. huhu.

fendi owh fendi.. *lau laa dia dengar kan. * i just wanna say thank you sebab sudi jemput aku pergi uma kau. hehe.

tata korang. *senyum sampai telinga sebab ada opismate tegur pakai eyeliner baru, hot from Watsons * ^_~

Saturday, February 26, 2011

kau memang suka buli orang !



Hello semua. Selamat hari sabtu.

hehe. apa mimpi laa hari nie nak update blog nie. selalunya time time macam nie cuma update facebook jep. hehe. 24jam facebook. sebab tu mata da lebam lebam, jari da bengkak bengkak. tapi apa ada hal. da selalu buattt. ahaha

okeh, entri kali nie pasal my lovely brother. kenapa nak bercerita tentang dia pulak?? special sangat ke? special sangat laa. abang kandung kot. hehe. baru baru nie dia telah pun melangsungkan perkahwinannya bersama insan yang dia cintai. bila tengok dorang berdua ni, betol betol nampak sweet couple. i love it ! ahaha.




bila tengok dia da kahwin ni kan, mula laa kenangan kenangan lama menerjah. hehe. nanti aku akan rindukan dia. huwaaaahahhaha

ada satu hari tu, masa tu aku kecil lagi. around 8 or 9 years old gitu laa. anak bongsu ni kan manja dengan mak dan abah. aku dan adik aku nak sangat ikut mak dan abah pergi konvo kakak aku kat Johor Bahru, tapi parents tak bagi. hehe. mak cakap esok pagi bangun ikut mak. kami pun percayalah.

esok paginya, bila bangun tidur jep, tinggal aku dengan adik ajep. mak dan abah da pergi daaa. so kitorang pun meraung sampai bengkak bengkak mata bagai. ahaha. then abang aku nie berjanji nak bawa pergi jejalan keliling kampung. ahaha. tu pun jadi sebab masa tu belum pandai bawa motor sendiri. last last kitorang kena marah sebab nangis tak berhenti henti. ahaha.

bila tengahari menjelang, dia cuma masakkan meggi untuk kitorang jep. hahaa. lepas dari peristiwa tu, aku dengan dia da kurang tegur da. tengok dia jep macam nak makan orang. dia pun belajar jauh. tak selalu laa jumpa. dulu memang dia garang. tapi sejak sejak dia da kerja, da ada tunang tu baru laa aku dengan dia ngam balik. mesra laa. boleh laa gurau gurau jep. tak ada laa macam dulu dulu. hehe. dan banyak lagi kenangan yang kami sama sama lalui. dan yang paling seronok, dia dengan abang sulung aku pernah campak aku kat banjir sebab aku tak nak pergi sekolah ! ahaha. may i flashback?? huhuu.

now, he is very sporting ! sejak da kahwin nie, agaknya lagi senang dia nak mesra mesra dengan adik adik dia. ahaha.

selamat pengantin baru untuk man dan maria. semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit bagai. i will miss our memory !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...