please leave ur link. tQ~

Sunday, June 17, 2012

Terlalu Merinduimu..

Assalammualaikum. 

Hari nie Hari Bapa, hari ni juga hari lahir arwah ibuku. Aku terlalu rindukannya. Tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Setiap insan yang hidup pasti akan mati, itu janji Allah. Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Sesungguhnya, perit untuk aku lalui kehidupan ini sejak ibu pergi. Satu perubahan yang amat ketara. Jika ada penganti tetapi kehadirannya tidak sama seperti ibu kandung. Aku tetap menghargai kehadiran umi, yang kini menggalas tanggungjawab ibu. 

Buat ibu, semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah SWT. Ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,diampunkan dosa-dosa ibu dan berbahagialah ibu disana. Satu hari kita akan bertemu kembali. 

Abah, tanpa adanya abah diri ini bukan sesiapa. Terima kasih tidak terhingga diatas jasa dan pengorbanan buat anak-anakmu ini. Selamat Hari Bapa, Abah.




Kasih ibu membawa ke Syurga, kasih bapa sepanjang masa

Monday, May 21, 2012

Akhirnyaaa...


Assalammualaikum..

Memang aku dah lama sangat tak update blog nie. Sejak habis belajar nie pun bape kali je aku jenguk blog nie. Kesian betul. Oke, lupakan sekejap hal tu. Sekarang aku nak cerita tentang keputusan peperiksaan semester lepas. Final semester. 

Kat Facebook sume kawan-kawan aku cakap pasal benda yang sama. Result aku meningkat. Syukur Alhamdulillah, tak percaya, tak sangka && sume yang berkaitan lah. 

So, nie hadiah untuk mak abah & keluarga.




Untuk mak abah, terima kasih memberi sokongan padu selama ni. Tanpa restu dan iringan doa mereka, tak mungkin aku berjaya. Tak lupa jugak Mr.Oren, sahabat, kawan-kawan yang memberi bantuan secara langsung & tak langsung. Classmate, housemate & roomate exspecially, thank you very-very much. Syukur Alhamdulillah, jasa baik korang hanya Allah saja dapat membalasnya. Aku doakan korang semua berjaya didunia & akhirat. Aminn.


Kejayaan adalah suatu pejalanan bukannya suatu destinasi.




#mR. Oren, maafkan saya T.T

Friday, October 28, 2011

i am Back.. BACK for You !

Assalamualaikum..

apa khabar sume? harap korang sume sihat & dalam perlindungan Allah SWT. hari ni hari jumaat kan. hari yang baik. penghulu segala hari. 

dah lame kan aku tak update blog nie. lame sangat dah. memang aku rindu nak meluahkan segalanya kat sini. tapi aku rase bukan sesuatu yang sesuai. biarlah ia tersimpan kemas dihati ini. dan Allah lebih mengetahui. dan aku cuba menjalani kehidupan aku tanpa masalah. InsyaAllah.

penah rase KECEWA? macam mane eh rase nye? best tak agak-agak? mesti peritkan. haha. sape lah suke kalau kecewa kan. tak ade sape suke. aku pun tak suke. tapi ini lah kitaran kehidupan. tak selamanya kita diatas, dan tak selamanya kita dibawah. bila kita bergembira, mesti ade orang yang sedang berduka. kenape? sebab Allah nak kita same-same rase perasaan tu. suke dan duka kita bersama. 

aku selalu cakap pada diri aku. jangan terlalu bergembira. yeah, aku cube sedaya upaya lakukannya. bile kita terlalu gembira, kita akan terlalu berduka bila kita dilukai. its normal. so make it usual jew. not to depress much. 

bila Allah turunkan ujian utk hambaNya, maka senyumlah. itu tandanya, Allah masih sayangkan kita. Allah masih mahu buka pintu taubat untuk kita, Allah masih mahu kita rapatkan diri dengan DIA. itulah yang tersirat. sering kali kita terleka, saat kita susah barulah kita mencari yang SATU itu. bile kita lalai dengan duniawi, segalanya tertinggal. 




kesudahannya, kita juga yang kecewa. kecewa dengan tindakan sendiri. Fatenah, berubahlah menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik. capai matlamat utama dalam hidup ! (:

Tuesday, August 30, 2011

Raya, raya & raya !!


Assalamualaikum.. :D

Akhirnya, entri ini tertaip jugak selepas aku menghilangkan diri sebulan yang lalu. Maaf sebab lama sangat tak update. Sibuk belajar la. Tugasan, kuiz & ujian. Even bercuti raya nie pun ada lagi tugasan. T.T

So macam mana korang punye raya? best? syahdu? haha. Dapat banyak duit raya tak? hulur laa sikit. hehe. Ni yang sempat aku collect masa raya pertama hari tu. semuanya dari kakak abang. weee~~!!



Aku belum bekerja, so belum boleh bagi duit raya. haha. Maybe 5tahun dari sekarang baru boleh bagi anak-anak saudara duit raya. hee. Raya kali nie simple-simple saje. Tak lah grand macam yang lepas-lepas. #macam vouge sangat je kan. hehe.

So dengan kesempatan yang ada ini, aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin buat kawan-kawan yang mengenali diri aku ini. Terutamanya kawan-kawan dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampai laa ke politeknik, kawan-kawan alam maya tak kiralah kat facebook ke, twitter ke atau blog. Kalau nak mention satu - satu rasanya ber'page-page' kang. hehe.

Buat mereka yang telah pergi, sama - sama lah kita sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya tenang disana. Al-Fatihah.

Tahun nie raya bertemakan warna ungu even langsir rumah, sarung kusyen tak lah warna ungu. haha. Kebetulan pulak sama tema dengan abang & adik aku. Betul- betul tak jangka kami akan sama temanya. Tak macam tahun yang sebelumnya. hee.




Nie lah muka pagi raya. haha. Agak sembab sikit. Tahu - tahu je la malam raya tak reti nak tidur cepat. Masing-masing overnight sampai ke pagi. haha. BUkan selalu nak kumpul adik-beradik kalau tak time macam nie je.

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa.. Dalam bergurau mungkin terlanjur senda.. Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikotakan.. Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung perasaan.. Jika ada, kemaafan jualah yang dipinta.. Salam Aidilfitri.. (:

Oke oke, tu aje yang aku nak coretkan. (:

Sekian. ^--^



Tuesday, July 19, 2011

Contest Saya Dan Cermin Mata..

Assalamualaikum..

Pagi-pagi lagi dah dapat noti dari acap a.k.a acapmarcella. die dok tag aku kat entri die lagi. terbaik laa Acap uuiii!!

Dah dah, kau Acap jangan nak tacing-tacing dengan aku lak pasni. hahaha. Aku pulak baru teringat aku ade gambar pakai spect, even memang tak pakai pun selama nie. Hope sampai bila-bila mata aku ni sihat walafiat. Amin.

Contest nie create by cik comel Lya Idma. Biasalah bila nak join contest nie macam-macam terma dan syarat die. As usual, copy banner laa.




Oke, done ! sekarang gambar yang aku pulak. Agak-agak comel tak macam owner contest nie? haha. #gelak sopan. ^^'




Gambar nie masa kuar dengan tersayang masa time aku praktikal dolu-dolu. Tapi gambar nie fresh lagi tau. haha. Sebab baru publish kat belog. Macam yang korang nampak gambar ni dalam kereta. Yups, memang pun. Time tu ontheway balik ke Batu Pahat dari Melaka. Speacial nya gambar ni sebab kat sebelah tu ada tersayang. haha. Die dok testing sunglasses baru, aku pun try la sunglasses aku. hehe.

Bile pakai sunglasses nie aku rasa dunia aku gelap semacam la. haha. Aku memang tak biasa pun dengan spect-spect nie. Kadang-kadang gatal je tangan aku ni nak pakai gak. haha. Oke, comel kan kan kan. hahhaa.

Cukup laa bebelan aku tu. Eh nak tag sape pulak nie. Oke oke, dah jumpe da.


Harap maklum yea, sume nama yang di tag tu masih "cik" lagi yea. #tak ada kaitan pun. hahha

#Done acap done ! jangan nak tembak-tembak aku lak. aku tak bersalah !!

Saturday, July 16, 2011

Bermimpi Buruk..

Assalamualaikum..

Apa yang korang faham pasal mimpi? mimpi yang baik dan mimpi yang buruk? Kata orang mimpi tu mainan tidur, mimpi tu juga kadang-kadang membawa petanda yang baik mahupun buruk. Kita sendiri yang mentafsir mimpi tu.

So kali ni aku nak berkongsi tentang apa yang aku mimpi. Mostly, bila nak tidur kita dinasihatkan mengambil wuduk dan membaca surah-surah ringkas agar tidur kita tidak diganggu oleh syaitan. Macam mana pulak kalau kita dah berbuat demikian tapi masih bermimpikan yang buruk-buruk?





Bila nak tidur malam, memang aku buat apa yang di suruh. Berwuduk, baca surah-surah pendek, baca ayat Kursi dan sebagainya lah. Tapi kali ni aku tak tahu dimana silapnya sehingga aku bermimpi akan kematian seseorang yang aku sayangi dan cintai. Gambaran mimpi tu jelas sekali sehinggakan aku terjaga lalu menangis. Aku sedih. Apakah itu petanda? Astagfirullah Hal Azim. Belum pernah aku bermimpi sedemikian.

Aku bukan pentafsir mimpi yang terbaik. Jadi aku tak tahu apa kaitan mimpi tu. Semua yang ada difikiran aku cuma 'mungkin'. Jadi ia belum boleh dikatakan benar akan berlaku. Mati tu pasti. Kita tak boleh menolak takdir dariNya.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa beliau bersabda:

“Kenabian tidak ada lagi selain berita-berita gembira.” Para sahabat bertanya, “Apa yang di maksud dengan khabar-khabar gembira?” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Mimpi yang baik.”

Jelas kan yang mimpi itu khabar berita yang baik. Semoga si dia dalam perlindungan Allah SWT. Amin.



Thursday, July 7, 2011

kembali normal.. haha


selamat pagi sume.. kenapa tak tido lagi nie ha?? nak kena rotan ke?? meh mehh.. haha. # apo la minah senget ni membebel, dah la tak reti tiduq.. alahaaaiii..

maaf ler kengkawan, nie kes report tgendala sudahh.. even report aku dah siap, tapi msih ada lg yg patut di touch up bagai. then,aku ni ada niat murni tau.. cehcehcehhh.. tolong kengkawan nie wat report dorang.. bbaik hati kan? mulia tau tolong orang dalam kesusahaannn..

eh kenapa tibe2 lari topik nie?? haha.. okeoke.. aku cuma nak bagi tau aku dah kt uma sewa, then naik sem baru.. #even belum daftar tamat praktikal lagii.. jumaat nati baru nak pergi daftar.. yes! aku akan jumpe darls.. haha.. 7bulan terpisah weii.. 7bulan memendam rindu.. alahaaiii..

now, aku dah abes membebel then nak pergi tidur. esok ada meeting dgn lecture.

so mood aku sekarang macam ni..








happy sebab dah jumpa buah hati. then akan berjumpa dengan darls! ^_____^

sekiann...~

Thursday, June 30, 2011

aku tak percaya aku boleh.! (:


selamat pagi Malaysia..

ape cite hari nie?? ada bagus kah? eh korang tgk bola tak semalam? mesti lah tengokkan. bangga tak bangga lah Malaysia menangkan? eh kau hade ke?? hahaha..

btw, nie first time aku tengok bola sanpai habis, first time aku terlalu fanatik dengan bola even selama ni aku tak kenal sape pemain kebangsaan tu. just kenal Khairul Fahmi jela sebab aku de follow belog tunang die. #ahlagitakadakaitan weeee...~~

asalkan korang tau jela aku tak minat bola dah cukup. tapi apa yang membuatkan aku tertarik nak tengok bola sampai kerja sekolah aku tergendala? wahh lagi bape hari je nie weiii... kawan-kawan aku entah da siap ke belum kerja sekolah tu..ahhaa..

back to the story, petang semalam, member kepada member aku cakap sal bola kat FB siap tukar display picture tu weeiii.. kau ade? hahaa..

then member aku tu IM aku, ajak tuka DP tu la. aku rase tu kot ayat paling annoying penah aku cakap.. haha..

tapi saya tak minat bola, boleh ke join??hahaha

amacam annoying tak?? aku je yang adaa.. #pehminahnienakbelagakpepagibutapulak! hahaha.. aku ingat bila da tuka DP tu da abis lah, rupanya tak.. agak-agak korang ape??

nahhh!!




sekali die buat group Jalur Gemilang weeii.. gempak tak gempak laahh.. then tak sampai bape saat jela, IM da jadik 99 noti and overspace weeii.. aku dok gelak jelaa... lama-lama pening aku off je IM tu..

habis je perlawanan bola tu, dorang ajak buat fenomena nie 3 Julai nanti untuk perlawanan timbal balik kat Taiwan tu. siap promote tu. kena laa bangga.. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..

well, kite kena lah support untuk negara kita kan. even kita tak pergi stadium tu tengok sendiri perlawanan bola tu. dengan duduk depan tV pun boleh, macam aku buat. ops! kantoi pulakk..

aku bangga masih ada orang macam tu lagi. semangat Malaysia kena lah tunjuk. (:

Malaysia 2 - Taiwan 1



faten berkata ; satu perubahan dalam diri. well done! thanx member! (:

^__________^

Wednesday, June 29, 2011

Sunday, June 26, 2011

Aimifiqa Garden Beloglist..(:

Assalammualaikum..

Orang kata jangan tamak. Tapi aku kata sekadar cuba nasib. manalah tahu ada rezeki aku kan. hee.

So kali nie aku join contest bloglist. macam comel gitu, alahaiii. tak ada sebab lain ke faten uuiii?? jum tengok terma & syaratnya..




Syarat-syarat Penyertaan

1. buat satu entry pasal contest "Aimifiqa Garden Bloglist" -----> currently typing yea. ^___^

2. like fanpage ------> belom join contest lagi aku da 'like'. hahaha

3. follow blog cik Aimifiqa nie ------> yea, sudah.. (:

4. tag reramai kawan. -----> jum tengok siapa yang bertuah lagi beruntung kena tag.


5. pilih kategori ----> so aku pilih kategori





Sooooo.. senangkan? jumlah join reramai.. full entri korang boleh tengok kat belog cik aimifiqa nie.. ^___^

done rite? InsyaAllah..

Contest Belog Paling Comel..


Assalamualaikum..

Wahhhh.. hebat betol aku nie.. Pagi-pagi lagi rajin betol mengupdate belog.. kali nie pasal CONTEST.. wee.. Nie first time kot aku join mane-mane contest.. Ah nie sume si Chomeieyza tu laa..

Eza ! nie sume kau punye pasal! hahahahahahahha..

oke, cukup. lets go!!




Syarat Penyertaan

1. mesti follow blog Ed and Blush -----> SIAP!

2. contest ini bermula dari 24 Jun hingga 15 Julai ----->tengok kalendar la hari ni bape hari bulan.. weee~

3. penyertaan seseorang itu haruslah tidak melebihi satu. sekiranya didapati melebihi satu, you are fire! -----> sesungguhnya aku ini memang SATU. hehe

4. Penyertaan hanyalah terhad untuk 20 orang! So, the early bird catch the worms! -----> tak tahu da bape orang yang masuk. ada rezeki aku, ada lah tu. hehe

5. Belog itu mestilah secomel-comelnya,sekreatif-kreatifnya dan semontel-montelnya -----> aku tak rasa blog aku nie comel,tapi lebih kepada simple.. tengok jela dorang nilai macam mana. lalalalaa

Cara Nak Masuk Contest

1. Hantar link blog & profil ke lexma009@gmail.com

2. Buat satu entry contest ----->SIAP!

3. Copy banner-----> SIAP!

4. Tag seorang kawan & pastikan die tahu -----> so mangsanya eikamohdnor..

5. Letak link entry dalam comment box Ed Faris----->pas entry nie di 'post', siap laah..

Itu jela kot. So full entry, korang boleh tengok kat belog Ed Faris nie. Harap-harap semua apa yang diminta da siap dilaksanakan.

Oke. tu aje. bye korang. ^___^



Saturday, June 25, 2011

Rindu menyesakkan dada. Alahaii..~

Assalamualaikum..
Masih ada yang berjaga malam? hee. kenapa tak tido lagi? nak tunggu aku dodoikan ke? ops! soriSORI. hehe

Tak nak taip panjang-panjanglah. Tengah sibuk buat kerja sekolah nie. yeeebaaa~ cuma nak cakap yang aku tengah rindukan seseorang.. sakit dada nie tau..T___T





Dah lama tak jumpa hubby. hey. kalau bolah hari-hari nak text dia say i miss you, i miss you. huhu. tapi bukan boleh buat apa pun. Dia kat hulu, aku kat hilir. Jarak tu memisahkan kami. Cepatlah masa berlalu.

To him, we will meet soon dear. I Miss You, Cinta.

selamat malam readers! (:

Friday, June 24, 2011

3, 2, 1 CINTA..^____^


Salam Jumaat.

Tiba-tiba ada semangat nak update blog nie. kalau tak, berzaman lah jawabnya. haha. okeOKE, jom tengok aktiviti apa yang aku buat minggu nie..

Tarikh : 21hb Jun 2011
Tempat : Batu Pahat Mall
Masa : 11.30 pagi. *baru nak kuar rumah. haha
Ahli : nasuha, kak simah, sue, & faten.



















Then sampai kat sana, classmate sue masa form6 pun ada. Tapi kitorang tak join sesama sendiri pun. haha. Bawa haluan masingMASING. Kasihannya kat sue la, ke sana kemari.. But kitorang ENJOYY.. heee..(:

Act, aku, sue & nasuha memang da lama kenal. malah kitorang 1kampung lagi. cuma kak simah tu kitorang kenal masa kerja part time hari tu. Kuar dengan dorang memang berdekah jela. Gelak tak habisHABIS. haha.
Thanx yea sebab sudi kuar bersama.. (:

Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow.
Just walk beside me and be my friend.

okeOKE. Ini saja. Sekian. Tata. ^___^

Sunday, June 19, 2011

kau lah abahku ! ^___^

Kau lah abahku, Kau lah waliku..
Dirimu tiada ganti..
Yang sentiasa dihati..

Kau lah abahku, kau lah guruku..
Aku membesar bersama ilmu curahanmu..
Dan akan aku terus jadikan ia panduan hidupku..

Kau lah abahku, kau lah pelindungku..
setiap detik yang berlalu kau sentiasa ada untukku..

Kau lah abahku, kau lah heroku..
Lagakmu seperti superHERO yang sentiasa menemani aku..


Buat abah tercinta..

Terima kasih diatas kasih Sayangmu..
Terima kasih diatas tunjuk Ajarmu..
Terima kasih diatas pengorbananmu..
Terima kasih kerna sanggup berkorban demi anak-anakmu..
Terima kasih diatas segala-galanya..




Terima Kasih Abah.. Tanpamu Siapalah aku..

Faten sayang abah sangat-sangat..

Selamat Hari Bapa buat Haji AhamadDariri b. Kasim dan semua bapa-bapa diseluruh dunia.


Sekian.. ^____^

Thursday, June 16, 2011

terputus sudah hubungan kami T_T

Assalamualaikum..

kali nie baru sempat aku coretkan tinta di sini. baru terasa bebas menggunakan masa. baru terasa bebas dari gengaman yang 'berkuasa'.

14 Jun 2011.

hari itu sangat bermakna buat diri aku kerna hari itu adalah hari terakhir aku disitu. berakhir sudah episode yang aku rasa sedih untuk aku fikirkan tapi seronok untuk dikenang. Apa lintang pukang ayat aku nie?!* cuma nak cakap yang aku gumbira gumbira sampai keluar gigi kambing sebab aku nak berhenti kerja. Fullstop.! ha kan senang cerita. haha

tapi kegumbiraan aku itu rupanya tak sampai ke penghujung hari aku berkerja.

Lewat petang tu. pukul 4.50 petang, aku menerima kunjungan terhebat mengalahkan perdana menteri. padahal kakak aku je kot.* huhu. dengan keadaan diri aku yang mengantuk tahap dewa sebab dah dua hari aku kerja sampai lewat malam, dan kepelikan melanda dia menyapa.

puan J : weh, kau dah tahu belum? kenapa aku call tak angkat-angkat?
aku : tahu apa? pegang fon pun tidak, macam mana nak jawab? ada apa nie?
puan J : Nyai dah tak ada.
aku : Innalillah.. bila? *tergamam
puan J : tadi pukul 3.30 petang. dah jom balik rumah.
aku : jom ikut pergi ofis....

dengan tergesa-gesa aku pergi ke ofis dan slumber aku cakap aku nak balik. kerani tu dah pelik. time tu air mata nie macam nak gugur je tapi aku masih lagi mampu bertahan. dengan senangnya, Madam *wife boss* bagi pelepasan aku balik awal, tak payah nak cari orang nak gantikan aku.

keluar je ofis, aku pergi ambil barang-barang aku then salam dengan kakak-kakak kat situ. dorang pelik laa jugak, belum pukul 5 kot mana boleh balik. so i just say that my grandmom pass away.

tak sampai 15minit, aku dah sampai kat rumah nenek. sekujur tubuh itu sudah terkaku disitu. aku dah tak mampu menahan air mata...

dulunya aku kehilangan emak, kini aku kehilangan nenek. tiada lagi tempat bermanja. tiada lagi tempat mencurah rasa hati. tiada lagi tempat bercerita. tiada lagi senyuman nenek. tiada lagi gelak ketawa bersama. semuanya berakhir lewat petang itu.
hari terakhir aku berkerja adalah hari terakhir nenek di dunia ini.

semoga rohNya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn.

Al-Fatihah untuk Hajah Kuniah Binti Rawi

Thursday, June 2, 2011

Boyfren Dan Gelfren Baru Faten. (:

hey korang. lets talk yea. malas nk tulis pepanjang malam nie. aku banyak keje nak buat. sebab nak tidur awal. *kononnyalah.

oke oke. sabtu lepas, kakak aku balik kampung. then husband dia mesej aku cakap lau nak 'barang' tu datang rumah kakak long aku. tapi kenapa? oke. abaikan. nak tau pe die??

jum tengok yang berwarna merah itu yea...



harddisk versi samsung

ini laa yang pending dari awal tahun dulu. kisahnya, abang aku dah beli awal-awal dah. aku je yang belum sempat nak ambil. so dia balik kampung ari tu, drop sekali kat rumah kakak long. hehe. bahagianya aku!!. lepas nie senang laa aku nak buat kerja. ops!


sudahhhh?? amacam?? comel tak??


tadi aku beli gelfren baru pulak. kesian gelfren lame aku tu da rosak semacam. so alang-alang da beli biar la yang best terus..yang mahal terus.. korang rase ape?


meh meh skodeng dgn aku cepattt.. selagi berpeluang nie.. haha




wahhhh.. merah mak ngah gitu..

sepanjang aku bernafas nie, ini lah kali pertama aku beli fon baru pakai duit sendiri. berhasil kan? fon dulu - dulu tu hadiah dari abang lah, sambung nyawa fon kakak lah. yang adik ni dapat sekerat nyawa aje. huhu. kasihankan??

bila aku letak sebelah menyebelah gadget aku nie. wahhh. menyala-yala warnanya. macam mane lah aku boleh terbeli gadget yang same warna nie? oke. yang harddisk tu abang cakap memang tinggal warna merah je. UNGU? habis laa adik. muka da redha gila. =='

then cover fon tu pun same. apek tu cakap, UNGU da habus laa amoi. redha lagi. tak ape lah, asalkan aku dapat. well done faten ahmad!








begitulah kisahnya.. dulu cuma angan-angan aje. dulu cakap tak penting la, cakap macam tak besh la. sekarang bila dah dalam tangan senyum sampai telinga. BAHAGIA!!


tahniah faten ahmad! sekali lagi anda telah berjaya memenuhi impian anda! ^^'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...