please leave ur link. tQ~

Thursday, May 26, 2011

Peramah? Tak rugi pun. (:

Hey korang. Ada sihat? bagus - bagus. Aku kurang sihat sebenarnya. Tapi aku masih boleh online sepanjang hari, masih lagi boleh mengemas rumah dan membasuh baju. Itukan tugasan harian. So jangan mengeluh. Hebat bukan?

Haha. coretan kali nie simple. Maybe simple yang sangat simple. Hari ni aku cuti. Off dari bekerja. Takde nak pelik lah cuti hari khamis. Haha. Biasa lah aku bukan kerja gov. yang cuti hari sabtu & ahad tu. Aku nie kerja salewoman jela.

Tadi aku pergi buat buku bank. Bos aku tu lah agak leceh, sebab semua staf dia, part time atau tak kena @ wajib buka buku bank. So dengan rela dan redha, aku pun buat lah tadi. Bank tak ramai orang jadi cepat jela proses open account tu siap. Cehcehcehhh. Yang bestnya tu, staf bank tu peramah gila. nope! sangat peramah. Pas je IC kat staf tu. Dia termanggu sekejap. Dah kenapa? Rupanya bekas pelajar abah aku & member abang aku. Owh lupa, abah memang femes kat pekan ni. Haha. *tiba-tiba pulak nak bangga-bangga kau pehal!

Then borak-borak la dengan staf tu. Adik belajar kat mana? Adik amik kos apa? Nanti nak belajar sampai peringkat apa? Degree? Eh teruskan je sampai master. Wow! kan best lau pergi setiap bank dapat layanan macam nie. Keluar bank je senyum sorang-sorang sebab layanan staf tu memang terbaik. Haha. *owh, aku tak angau dengan staf tu okeh. he like my brother jep. Malah staf tu share lagi pengalaman dia kat aku. "Tak kisah laa dik kalau ambik akauntansi tapi kerja kat bank. Boleh je. Member saya dulu ambil degree sejarah tapi kerja kat bank. Oke je. Asalkan ada basic."

Tak pasal-pasal dapat ilmu free. (:

Sepatutnya aku kena teruskan menyiapkan report praktikal aku tu. So bila lagi mau buat? Sekarang laa. Tangan nie memang gatal nak menaip, menaip dan terus menaip kat sini. Haha.
Lepas tu lagi laa gatal tangan aku nie mengedit-edit gambar lama. Hasilnya.. tarahhh..




Tengok -tengok.. Aku cuba mengedit yang sesimple mungkin. *padahal saje je nak test app picnik yang aku belum try tu. huh!

Entah siapa la mamat bertuah kat belakang tu. Sangat bertuah la sebab tertampal kat gambar aku nie. Tau dek dia, abes aku kena buku 5. Tapi mana mungkin, kan tayunk kan? Haha.

2minggu dari sekarang aku akan berhenti bekerja. Tak sabarnya nak tunggu masa itu. *___*


Faten cakap nak siapkan report secepat mungkin dengan harapan tanpa ada apa-apa halangan. InsyaAllah. =='


Friday, May 20, 2011

Jangan Pergi Sebelum Waktu Itu.

aku cuma berharap ia kembali pulih . tapi hampa .




jangan kau pergi bila waktu itu belum tiba . jangan .

aku sendirian disini tanpamu . pulanglahhh . .

Thursday, May 19, 2011

Andai Kau Mengerti~




bicaraku bukan omongan kosong
bicaraku selalu dari hati
hati yang sering kali memendam luka
sering kali aku ucapkan aku bukan pendendam
bukan juga sering membalas dendam


kali ini ia gugur lagi ke bumi
menghempas ke tanah yang gersang
ia gugur kerna sorang insan bernama kekasih
yang sering dalam ingatan


kasihku
seandainya kau tahu isi hatiku
tidak perlu ku ungkapkan selebar itu sayang
untuk kau mengerti


kau sayangku
ku ingin membina impian kita disini
dihati ini..
janji-janji yang akan terpatri antara kita..


kau insan biasa yang telah menambat hatiku,
mampukah kau pergi sejauh ini tanpaku disisi?
tanpa kita mengecapi kebahagiaan itu?
tanpa kita membina impian kita bersama?


aku bukan bidadari syurga yang begitu sempurna
aku juga insan biasa
aku juga punya kesilapan
tapi aku belum silap menilai kejujuranmu
kesetianmu..


ku biarkan hati ini terus berbicara begini
aku tidak mahu kau pergi jauh dari ku
teruslah kau menetap dihati ini
disini
sampai seru ku tiba menyambut panggilan Illahi



"mungkin yang luar biasa pada aku, kebiasaan pada dirinya..
mungkin yang ada apa-apa pada aku, ketidakapa-apaan pada dirinya..
mungkin yang kisah pada aku, ketidakkisahan pada dirinya..
mungkin aku sering kali ucapkan padanya agar memahami aku,
tanpa aku sedari aku telah melukakan hatinya..
maafkan aku sayang.."



maka lagu 'Bila Cinta' pun berakhir...

Tuesday, May 17, 2011

bangga sebab dia bertuah. hahaha

pagi-pagi lagi sudah bangun. terajin pulak menaip nie. okeh, tak ape sempatkan kejap before pergi kerja. haha.

bila tengok-tengok blog aku nie, ada yang bertambah laa. apa itu?

jeng jeng jenggg..




anyway, aku bukan nak belagak or what. aku happy sebab aku da de 50followers. thanx korang. sayang korang. hahaha.

so orang yang bertuah tu adalah Jol Abdul Karim. korang boleh tengok sendiri blog yang bertuah itu.

to Jol Abdul Karim, thanx yea. Anda adalah orang yang bertuah menjadi follower yang ke 50. nak hadiah ke? hahaha. maaflaa sebab tak reti nak bagi hadiah jarak jauh nie. kang berkecai sia-sia pulak. gurau jep. have something to request? just mesej kat FB yea.

thanx jugak yang lain-lain kerna sudah menjadi follower blog aku yang biasa-biasa nie jep. da la malas nak update. update pun yang bukan-bukan. haha. sayang korang sume. (:

Saturday, May 14, 2011

Aku Cinta Padamu??

terharu sebab my lover postkan lagu ni kat wall aku. penat bekerja tadi hilang macam tu aje. kan bagus lau hari-hari macam itu. tapi tak mungkin. haha.

jum layan sama-sama.




then, sempat laa kau gaduh dengan BFF aku kejap sebab lagu nie. nonsense! haha

mr. orange, thanx yea.. so sweet my dear.. <3

permulaan satu episod..

selamat malam kalian.

hari nie hari pertama aku berkerja selepas 'diberhentikan dengan relaan' seminggu yang lepas. HAHA.

~PENAT~

siapa yang bekerja tau ape itu penatkan. now aku dah rasa. mencari rezeki yang halal hasil dari titik peluh kita sendiri memerlukan pengorbanan. kalau dulu aku sekadar pelajar praktikal, sekarang aku salah satu staf yang ada. worker. even part time.

penat. semua orang rasa. sedangkan duduk menaip ni pun penat. hehe. bercakap pun penat. cakap dengan aku apa yang kita buat kat atas bumi Allah nie kita tak akan rasa PENAT?

bila penat, jangan mengeluh. pada aku itu punca patah semangat. so just diam. itu lagi bagus. pekak kan telinga dengan apa yang orang cakap, yang penting kerja kita halal dan ikhlas.

hati kena tabah. penat-penat kita pun kita dibayar gaji kan, setimpal dengan kerja yang kita lakukan. muka kena senyum laupaun perut dah mendendangkan lagu berirama rentak asli. kan sedap tu buat halwa telinga. haha.



see.. aku masih lagi tersenyum sedangkan sudah kepenatan walaupun baru sehari bekerja. harap senyum itu kekal sampai hari terakhir aku bekerja nanti. even part time work. =='

Saturday, May 7, 2011

emak dan umi ratu hatiku. dulu kini selamanya.~

Selamat hari ibu. Aku sayangkan emak. Aku rindukan emak.

Biarpun emak sudah meninggalkan aku lewat 2tahun yang lalu, aku rasakan bagai semalam kami makan bersama. ketawa bersama. masak bersama. emak pergi meninggalkan aku yang masih dibangku sekolah.

Suatu pagi yang indah, aku bangun agak lewat memandangkan hari itu tiada peperiksaan yang dijalankan. Warga Dorm Mawar mula bising bila jam berdetik menunjukkan jarum 8, kerana detik 9 semua wajib berada di bilik prep. Saat ku turun dari katil, aku menerima panggilan dari kakak mengatakan dia sudah dalam perjalanan ke sekolahku, mahu mengambilku pulang ke kampung halaman. Hatiku gundah gulana.

Sampai dirumah, aku mencari emak. Die masih ada. Masih terbaring disisi abah. Masih tersenyum menahan kesakitan. Ku salam tangannya. Ku kucup pipinya. Pipinya yang gebu. Ku tanya keadaannya. Saudara mara mula berkumpul, menziarahi emak.

..........................................................................................................................................

Tanggal 27 November 2009, akhirnya emak pergi. Emak pergi meninggalkan aku. Tinggalkan abah, kak yah, abang mie, kak anim, kak awe, abang arul, abang man, kak janah, adam dan arif. Emak meninggalkan aku sewaktu aku berperang dengan SPM, masa depan ku. Emak pergi bersama-sama semangat ku. Emak pergi bersama harapan ku. Ku meraung melihat jasadnya yang tidak lagi bernyawa. Kaku disitu. Ku hadiahkan kucupan terakhir, pelukan terakhir. Bersama ku iringi doa ke pusaranya. Mengapa emak pergi secepat ini? Tidak! aku tidak boleh melawan takdir..

Saat rakan-rakanku bertungkus lumus membuat persiapan untuk kertas terakhir, saat itulah aku menitiskan airmata kehilangan emak. Emak yang aku sanjung dalam diam. Emak yang selalu membuatkan aku tersenyum kini telah pergi menyambut seruan Illahi. Aku redhai pemergian emak. Aku redhaaa..

Emak. Yang ku panggil selalu. Yang ku rindu selalu. Yang ku sayanggg.. Kini panggilan itu cuma tersemat di sini, dihati ini. Aku rindu dengan panggilan itu. Dari suara merdu emak, memanggil nama manjaku. Aku rindu. Bagiku, emak tiada pengganti.

"Emak, saat emak temankan ina makan kat tepi padang sekolah dulu, orang yang lalu lalang tu mesti tengok kita kan. Manis sangat waktu tu. Sebab ina taknak makan kat kantin sekolah je, mak temankan makan kat tepi padang, bawah pokok payung, tengah-tengah hari buta. Lepas makan, ina minta duit extra nak beli aiskrim. Mak bukak simpulan duit syiling kat hujung tudung, mak bagi duit belanja. Mak cakap nak hantar bekal anak je tak payah bawak bag duit. sempoinya mak. Then, mak akan pastikan ina masuk kawasan sekolah dulu baru mak balik."





Emak, walaupun emak telah pergi meninggalkan ina, emak tetap dihati ina. Juga dihati semua anak menantu cucu emak & abah.

Umi. ibu aku juga. Abah menikahi umi selepas emak pergi. Umi bukan penganti emak. Umi adalah umi, ibu kepada kami semua kini. Aku bahagia dengan kehadirannya. Aku bangga kerna aku mempunyai 2 orang ibu. Bila ku renung wajah umi, ku teringat wajah emak. Kerna wajah umi seakan-akan wajah emak. Pertama kali ku pandang umi, seperti ku pandang emak.



Haji Ahmaddariri bin kasim & Hajah Fauziah binti A. Manan


Selamat Hari Ibu, untuk semua kakak ku, kakak ipar ku, nenda, makcik-makcik ku & umi.

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Hajah Halimah binti Sharif. Semoga emak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Ina sayang emak. Ina sayang umi. <3~

Thursday, May 5, 2011

menghitung jam yang berputar..


Akhirnya hari ini tiba juaa..
belum sempat aku menyelesaikan kerja yang tersisa..
aku harus menjalani hari ini dengan penuh senyuman tanpa gelak tawa kerana esok aku tiada lagi disini..
waktuku bersama mereka suda habis..
habis mencipta kenangan bersama mereka..

Esok..
esok pasti tiba tapi aku berada ditempat lain..
jauh dari mereka..
itulah perpisahan..
PERPISAHAN..

Aku pasti merindui detik-detik kita bersama..
merindui gelak tawa mu..
aku takkan melupakan mu..
kamu yang memberi jasa kepada ku..
akan ku kenang untuk selamanya..

Musim berganti musim..
kamu pasti akan menemui seseorang yang lebih bagus dari ku..
berkhidmat sebentar bersama kamu..
itulah kami pelajar praktikal..

Kini waktuku telah habis disini, hari ini..
akan ku pulang ke pangkuan keluargaku..









detik-detik bersama mereka..
kini tersimpan di memori..
^______^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...