please leave ur link. tQ~

Thursday, March 31, 2011

satu jiwa satu impian


mengapa terjadi perpisahan ini, tika hati terukir namamu.


Sungguh! bukan itu yang ku mahu .
Bukan itu yang ku mahukan untuk kesekian kalinya .
Aku tidak mahu ia pergi dari sisiku.

Aku amat menyayangi dirinya.

Merindui dirinya.

Mengapa permainan hati ni bermula kembali??

Buangkan perasaan itu jauh - jauh.
Mungkin lagu nie yang perlu didendangkan disaat ini.

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Akan ku terus berdiri pertahankan hubungan ini, kerna ku mahu lebih dari itu. kita satu jiwa satu impian. T____T

Ya Allah, besar dugaanMu. Tabahkan hati hambaMu ini, permudahkan perjalanan hidupku. Panjangkan laa jodoh antara kami. Aminnn~~



just the way you are! ~

Tuesday, March 29, 2011

kembali ke pangkuan ku ^____^






Setelah 3minggu ia berlalu baru hari nie aku nak share . Maaflaa, keadaan tak mengizinkan . T____T

2bulan yang lalu, aku ditinggalkan bersendirian tanpa sebab yang aku tak boleh terima . Tetapi aku redhai juaaa . T___T Menangis lagi . Die pergi tanpa sempat mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepadaku . Balik kerja je umah da kosong . Seperti hatiku yang sayu dan kosong dengan berita 'pemergian' die itu . Tapi siapa laa aku nak dibandingkan dengan insan yang die sayangi . Aku cuma adik yang menumpang teduh dari panas terik matahari, sejuk air hujan, dan tempat ku melelapkan mata, tak lupa juga tempat ku mengalas perut yang lapar sepanjang aku hidup bersamanya .

Hidup ku kosong sepanjang 2bulan itu . Tiada siapa yang kasihan . Belum bersuami begini laa jadi nya . Hehe . Alamak! kegatalan sudah sampai *____*

Alhamdulillah, aku dapat menjalani hidup ku selama itu dengan selamat dan cermat . Ahahaha .

3minggu yang lepas, kakak aku kembali ke pangkuan aku. !!! yeebaa yeebaa!!!! happy sangat2 sampai tak terucap . Ahahaha . Anak teruna si Adib tu da mula manja - manja . Ahahaha.

Oke . Tata~~~

Thursday, March 24, 2011

biarlaah jujur dari menipu !





JUJUR . Sering kali dipertikaikan dalam suatu hubungan tu . Baik perempuan atau laki, paling tak pun die akan tanya 'U jujur dengan I tak selama hubungan nie?' Bab ape yang perlu kita jujur pada sang kekasih tu??. Tang mane tu? Kadang - Kadang kita sendiri binggung kan . Lau bagitau nati merajuk, lau tak bagitau nati lagi naik hangin .

Maaf jika entri kali nie menyingung mana - mana pihak . Rasenya tak ada kot . Maaf juga jika ia agak kebudak-budakan .

Tadi mase aku check inbox fon aku tu, aku tak fikir pape pun . Mostly mesej dari Bf aku . Sedang leka delete mesej - mesej tu, aku terpandang 1 mesej yang membuatkan terpana . Mesej tu biasa je . Aku bace berulang kali mesej tu . Hati tersentap . Rase macam nak marahhh sangat kat orang yang hantar mesej tu ! Tapi.. entah laa .

Aku cuba buang perasaan negatif tu cepat - cepat . Nati jadi barah pulak kat hati nie . Da laa lately nie aku cepat touching . Heyy .

Ape salahnya lau die jujur dengan aku . Tak payah nak tipu - tipu bagai . Lagi - lagi lau orang yang kite percaya plusss sayang pluss rindu sampai tahap gaban tu tipu kita kan . Wowww!!! lagi terbakar hati kang . Sabaaarrr fateeennnn~

Bila da terkantoi, ambikkk kaww!! Tergugup kau nak membebel kat aku . Tergetar - getar nak say sorry bagai . Aku? tak yah laa tanya . Entri nie da menceritakan segalanya . Last - last aku maafkan juga . Begitu lembut hati perempuan nie kan . Diuji banyak - banyak kali pun still boleh terima . Tapiii.. jangan laa buat lagi . Mau terbalik bumi nie kang . opps! Agak kasar . Maaf .

Aku sangat terkesan dari kejadian tu . Biarlaah . Apepun sume da berlalu . Bile ingat balik, hati aku sakit pulak . Susahkan nak lupakan ape yang da berlalu . Erm .

Semoga die ambil ikhtibar dari peristiwa nie . I just hope ia takkan berulang lagi . Mau tak aku meraung sampai bengkak - bengkak mata . Huhh . Sadis . T________T


*jangan laa menipu. tak salah jujur dengan pasangan. bukan kah kita mahu hidup bersam kelak?*

Wednesday, March 23, 2011

merajukkk? macam mana nak pujuk!!


Hey Guys!

Korang salu merajuk tak dengan boyfren/girlfren korang?? bagi yang ada laa . so macam mana korang pujuk pasangan yang tengah merajuk tu?? ada kesan tak? hehe . aku nie cakap macam tak salu merajuk je kan padahal I'm the winner laa beb ! wink wink .


Aku akui bab - bab merajuk nie memang TOP ! oppss bukan nak bangga diri ke ape . just wanna you know aku nie cepat touching . Ahaha . Moh gelak ramai - ramai ! Ahahahahahahhaaaa kau gelak kan orang no 1 yea . Tunggu laa orang gelakkan kau, lau tak meraung menangis kau nati.



Silent . Back to topic .



Merajuk dan pujuk saling berkait . Bila si die merajuk, kita as boyfren/girlfren mesti akan pujuk pasangan kita tu kan . Paling tak pun belanja si die aiskrim. wow! my fav laa . Huhuu . Or cari laa something yang boleh buat si dia terpujuk dan memaafkan kita . Its clear??

Then aku terbaca note nie pasal pujuk memujuk nie laa . Korang tengok laa sendiri yea . ^__~!


Setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Tak merajuk, xkapel la kan?? Tapi bila dah merajuk, nk buat ape?? Jgn panik, bace dulu...


Kenapa merajuk?

Sebelum tahu cara memujiuk, kena tau sebabnye dulu. Following adalah antara sebabnya...:

1. Cemburu

Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.Cemburu juga tanda sayang..

2. Mahukan perhatian

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk. Yg ni biasanya payah yg lelaki nk paham. Utk pmpuan yng merajuk yg ni, mintak citer la tros.sbb kdg2 lelaki xphm..(cecite, cecite, cecite...)

3. Tidak dapat apa yang diinginkan

Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan Lamb Chop(Aku gile Lamb Chop, so??), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan Lamb Chop. Payah jugak ni. Mintak - mintak time ngandung nanti xmntak yg pelik - pelik la...


Bagaimana nak pujuk?

Ok Dah tau sebab, baru semangat nk pujuk kan??jeng3..Ni lah cecare nye...

1. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus terang je. Toksah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana menunjukkan bhawa korg mengambil berat kt Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan. alah, lg pn korg bertolak ansur pn ngn org yg korg syg gk kan??berbaloi lah...

3. Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba korg bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power korg dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang dah disebutkan tadi.Ini kelakar smpi smbil taip ni pn boleh tersenyum.korg pn tersenyum (lagi2 yg pmpuan tu) Xyah nk cover..=)


4. Nyanyikan lagu buatnya

Ha, yg ni payah…tips ini paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak korg menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa lps korg nyanyi? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya. (ni boleh ckp secret weapon la.. kena tau timing yg sesuai sebelum keluarkan..=))


Semoga si Dia tersenyum kembali! (credit to gingerbread53)




*walaupun kita kadang kala tak sehaluan, tapi hati kita sama*


*__________*~

Monday, March 21, 2011

w570 : Hot from oven !!


Semalammm....

I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true..

Oke oke . stop ! Bukan itu yang aku nak cakap cakap kat cini . Bukan itu madah berhelah untuk hari ini . Dan bukan itu mood aku ketika ini .

Kisahnya begini . Akak aku cakap dengan aku, "jum siap - siap nak pegi kota (Kota Tinggi) nie." Dalam hati da gumbiraaa sampai terguling - guling . Ahaha tipu tu!!! Tak ada laa sampai terguling - guling bagai . Tengok awan suda berarak mendung kelabu dahhh . Tapi pencarian ini harus diselesaikan juga!!

Sampai saje kat kedai yang berkenaan, aku da mula rambang mata . Ahahaha . Banyak pilihan nie . Tak tau nak pilih model ape , warna ape . Abang kat sebelah da senyum kambing da . Hayy tolong laa jap adik nie bang uuiii . Ahahaha . Lepas berdebat dengan promoter tu sampai die tergagap - gagap nak terangkan . Ahahaha . gile tak gile laa aku speaking jawa dengan die . Tipu lagiiii!!!!!!!! Aku pun buat pilihan yang terbaik antara yang terbaik .Ececehhh .

apakah itu?? kamu mahu tengok? oke, tengok saja yeah . (:


Nie laa kamera digital baru aku!! (:

















Oke oke . Da tengok kan . Cantik tak?? Cepat cakap cantik !! Ahahaha. warnanya yang pink pinky tu kan. Alahaiii . Jangan laa tanya kenapa warna tu . Sebab dah tak ada choice laa . huhu . Tapi cantik juga . Even aku bukan peminat warna Pink nie, .................. sesekali kena laa jadi gedik . Aaawwwww!!!

Thursday, March 17, 2011

ucapan budak baru belajar ! hehe

Bila da ada sendiri mesti bangga kan . owh apakah itu?? korang nampak tak kat tab page nie?? Yang gerak sendirinya tu ha . Tak laa aku tiup pulak kan . Hehe .

Maka Faten Ahmad pun sudah berjaya bergembira sampai jatuh - jatuh katil tersungkur depan laptop !! oke . SILA GELAK RAMAI - RAMAI .

tapiiiii aku tak nak laa dikatakan seperti kacang lupakan kulit or whatever laa can say setaraf selevel seangkatan dengannya . Hihi . kena gelak sopan sikit sebab berbaju kurung ari nie . (:

Dengan ini aku mahu mengucapkan terima kasih banyak - banyak berjuta - juta sehingga tak terkata kepada si die nie.......
.
.
.
.
.
.
.

Sebab . . . aik, segan laa nak cakap nie . Fullstop !

Heehee *____*




Monday, March 14, 2011

walaupun dah lambat, tetap nak cakap laah!


Selamat tengah - tengahari kalian.
.
.
.
.
.
.
.

Ini tentang birthday boy . My Lovely Boyfriend .

Birthday die pada 10 Mac 2011 hari tu . Disebabkan kami saling berjauhan, so tak dapat laa nak celebrate sama - sama macam birthday die yang lepas . Tepat je pukul 12 tengah malam, aku call die . Ececehhh , saja buat - buat tak tau die tu . Tak lama tu, aku nyanyikan lagu 'Happy Birthday' kat die sambung lagi dengan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' . Die diam saje . Ahaha . Mula laa ucapan - ucapan yang panjang lebar bagai . Semoga itu , semoga ini . Aminn . . . .

Tiba - tiba , tupp ! kerdit fon pulak habissss . Ahahaha .

######


Bila teringat birthday die , aku teringat suprise party birthday die nie . Masa tu sem 2 I guess , ada laa housemate merangkap classmate aku ni . Uyul ask me why not I do suprise party for him? so i tell her that i dont like suprise party telur tepung nie bagai . Hehe . Group budak laki pun macam sepakat dengan cadangan member aku tu . Oke laa , aku follow je.

Balik kelas je cepat - cepat plan nak buat itu ini bagai . Pergi shopping beli kek , barang - barang nak masak nati & so on laa . Petang tu aku ada kelas KOKO pulak . memang kalang kabut gila . Then BF call cakap ada meeting malam tu . Maybe die tak dapat juin 'Part' nie . Lagi laa kami nia macam apa . Takut jadi tak jadi aje . bila da pakat - pakat dengan group budak laki , dorang sume ON & da standy da . Bagus betul bab mengenakan orang nie . Hayy .

Seting tempat sume da siap da . Tunggu empunya diri je datang . masa tu sume muka baik gila . Macam nothing happend jew . Siap aje potong kek makan sume , ada member tu ajak ambil gambar kami berdua . Hehe . BF tak pasan langsung masa tu . Ahaha . Lepas aje snap 1 gambar , member laki dari belakang BF baling telur kat die. AKU? cepat - cepat laa lari . Kang tak pasal - pasal kena mandi telur pulak . Ahahahahaha.

Maka, mula laa bom - bom bertempiaran disana sini . Terjerit - jerit meminta tolong . AKU? cume duduk kt tepi then tengok dorang berlari - lari menyelamatkan diri . Huhu . Bila BF tau aku laa dalang segala rancangan, muka die merah gila . Then BF cakap 1day aku akan kena macam tu jugak . sama macam die kena . Aku senyum jela .

Sejak hari itu . ceh ceh cehhh . BF salu cakap nak kenakan aku balik . Aku cume tersenyum aje . (:






UUUUUUUUUU.... dengar sini baik - baik oke .

HAPPY BIRTHDAY . I SAYANG YOU . I WISH OUR DREAM COME TRUE .



Thursday, March 10, 2011

WANITA, seindah penciptaannya..

Assalam .

Sedang aku menjengah - jengah blog jiran kepada jiran aku tadi . aku ada terjumpa satu artikel nie . tentang WANITA . mungkin belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' kepada semua wanita . hehe .

Setiap Wanita Itu Cantik


Allah berfirman : brmksud

"Ketika Aku menciptakan seorg wanita ,
ia diharuskan utk menjadi seorg yg istimewa ,
Aku membuat bahunya cukup kuat utk menopang dunia
namun harus cukup lembut utk memberikan kenyamanan"

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam utk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yg seringkali dtg dr anak²nya"

"Aku memberinya
kekerasan utk membuatnya tetap tegar
ketika orang² lain menyerah dan
mengasuh keluarganya dgn penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh"

"Aku memberinya kepekaan
utk mencintai anak²nya dlm
setiap keadaan , bahkan ketika anaknya
bersikap sgt menyakiti hatinya"

"Aku memberinya kekuatan
utk mendukung suaminya dlm
kegagalannya dan melengkapi dgn
tulang rusuk suaminya utk melindungi
hatinya"

"Aku memberinya
kebijaksanaan utk mengetahui bahawa
seorang suami yg baik xkan pernah
menyakiti isterinya , tetapi kdg²
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya utk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya , Aku
memberinya air mata utk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya utk
digunakan bilapun ia perlukan"

"Kau tahu bahawa kecantikan
seorg wanita bukanlah dr pakaian
yg dikenakannya , susuk yg ia
tampilkan , atau bagaimana ia menyisir
rambutnya"

"Kecantikan seorg
wanita harus dilihat dr matanya ,
kerana itulah pintu hatinya . Tempat
dimana cinta itu ada"

Wahai kaum lelaki , sedari lah
dan ingat lah akan kecantikan wanita
yang azali . Bukan pada kecantikan
luaran semata - mata . Selamilah hati
wanita mu . dan ingat lah .
Setiap Wanita itu Cantik ... =)

credit to Farah BooBoo



setiap wanita ada keistimewaan tersendiri.


Wednesday, March 9, 2011

hari nie bukan lagi monday blues laah!

HEY HEY . sihat tak hari nie?

Aku sihat. Alhamdulillah jiwa dan raga masih lagi sihat . *__*

Today is wednesday right? patutnya da tak ada lagi monday blues nie .

Harapnya bangun pagi dengan semangat baru. tapi HAMPEHH!!! bangun dari tidur da set dalam otak malasnya nak pergi kerja . kan tak baik tu. pagi lagi da mengeluh .


isnin : mood mengantuk tahap gabannn . hope selasa hilang laa rase mengantuk nie . .

selasa : layan mengantuk sampai pening - pening kepala bagai. tahap paling kritikal ! sadis sebab sampai rumah rasa nak tidur aje .

rabu : masuk hari baru ni , harapan cuma tinggal harapan ! mengantuk jugakk ! ggggrrrrhhhhh!!


kerja kat opis jangan cakap laa . da tak boleh dibilang dengan jari tangan da . banyak sangat sampai tak boleh nak buat .

lastly , cuma pandang saje kerja tu . berbelog . meng'online' . ahaha . jahat sungguh . bila laa perangai nie nak berubah . aku tak tahu laa apa nak jadi dengan aku nie . kalau layan mengantuk nie jep , memang tak siap laa kerja . T__T

mari laa layan NGANTUK sama - sama !!



mengeluh. mengantuk. menduga sungguh. ^_^

Thursday, March 3, 2011

terima kasih cinta !



Sakit. Itu yang aku rasakan kini.

Terduduk. Terdiam. Terkaku seketika.

Tiada kudrat untuk bersuara.

Hanya tangisan kedengaran. Meraung. Mengigil keseorangan.

Keseorangan.

Tanpa siapa pun, aku terus menitiskan air mata ini.

Sukar bagi untuk menerima kenyataan itu.

Terima kasih sayang.

Kiranya ini laa hadiah paling terindah untuk hari ini.

Terima kasih sekali lagi.

Aku hanya mampu berdiamkan diri.

Menenangkan diri.

T__T



dunia baru saya. saya baru dunia.

selamat petang khamis. !

cuma nak beritahu kalian sekalian, saya sudah mempunyai Twitter & Formspring sendiri. ini laa akibat tiada kerja yang format di opis nie. ahaha. so jangan laa segan silu meng`add` saya yeah. just klik saje pada gambar - gambar di bawah. thanx Q daun keladi. *___*








T____T !~


faten say : raining day laa. sleepy. mahu pulang cepat dan tidur..zzZzzzz~

Wednesday, March 2, 2011

cerita pagi : kereta merajuk dengan peminjam kereta. sadis !

hey hey.

pagi - pagi lagi bangun tidur muka da monyok. sedikit tidak senonoh. erkk. bukan apa, cuma terasa mahu tidur lagi aje. mengantuk !

lepas bersiap, seperti biasa aku pun mulakan perjalanan pagi yang tampak indah ini dengan sepotong ayat Al-Quran. Ayat Kursi. hati sudah mula rasa berdebar. kurang enak. ah ketepikan ! fikiran aku mula terganggu dek tragedi semalam. aku cuma berharap sampai ke opis dengan keadaan selamat. Aminnn.

Pandan Indah, jalan sesak. lorong laju : sedang aku menoleh kanan dan kiri melihat gelagat - gelagat pemandu lain, aku terasa kereta yang ku pandu itu berat, semua meter menurun ke angka sifar. enjin kereta mati !!! lantas aku menghidupkan kembali enjin kereta. Alhamdulillah, masih lagi hidup. hati da berkecamuk. dengupan jantung tiba - tiba mendadak. apa aku nak buat kalau - kalau jadik macam tadi lagi?? perkara yang sama terjadi lagi, kali ke 3, ke 4 dan seterusnya.

rasa mahu menangis saja. tak pernah kereta nie merajuk. tapi pagi nie dia merajuk. huhu. aku decide berhenti kat kampung Melayu. biar laa apa nak jadi, aku kena call kakak aku juga. sebab dia saja yang aku ada kat bandar metropolitan nia. huhu. sedang menunggu abang ipar datang, aku dok mengelamun. entah laa apa akan jadi lepas nie. nak pergi kerja macam mana?? erkk.

abang ipar sampai. lepas check pape yang patot, dia terus hantar kereta tu kat bengkel. aku drive kereta dia, follow dari belakang. sampai kat bengkel tu, dia cakap dengan aku. tapi satu apa pun aku tak dengar. fikiran aku kosong. aku tak dapat tangkap apa yang dia cakap tu. huhu. padahal dia suruh aku ambil barang aku dalam kereta tu bawak masuk dalam kereta dia. dia hantar pergi kerja. ITU PUN AKU TAK DENGAR?? MEMANG BLANK HABIS LAA !!

on the way pergi opis tu, aku diam je. dia cakap pun aku jawab sepatah. huhu. muka tak payah cakap laa. tak bolah da nak senyum. air mata ni tunggu masa je nak gugur. tiba jep rasa bersalah kat abang & kakak. walhal tak sepatutnya pun. wuhaaaaaahahhaaaaa. kenapa dengan aku hari ni???

sampai opis da pukul 10 lebih. duduk depan opismate dengan perasaan yang kosong. huhu. nampaknya sepanjang hari ni aku memang moody laa. habis.




*ada pulak orang kat opis ni da pandai mengata ek. cakap bukan - bukan pasal aku. kau tak puas hati, kau cakap laa depan - depan laa ! erkkk. saje nak menaikan tahap temperature aku !! hayy. sabar je la. huhu.

T____T

Tuesday, March 1, 2011

semuanya tentang C.I.N.T.A

C.I.N.T.A


Adalah member facebook aku nie post something bout cinta kat group. so i just wanna share with you all. bace yeah.



................................................................................................



Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Cinta…

Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain

Dan jika anda tidak memilikinya, apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak berarti

Cinta tidak dapat dipaksakan

Cinta tidak dapat dibujuk dan digoda

Cinta muncul dari Surga tanpa topeng dan tanpa dicari

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan pribadi akan berubah menjadi putus asa.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Karena itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Tangisan bukanlah pengobat cinta karena ia tidak mengerti perjalanan hati nurani.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. Karena tanpa pertemua tidak akan ada perpisahan.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu seumpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh karena itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar waktu dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagalah ia seperti kau menjaga dirimu. Sesungguhnya cinta itu karunia Tuhan Yang Maha Esa.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu, jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang dihatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.

Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta.

Cinta lebih mudah mekar dihati yang sedang dilanda kecewa, cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, oleh karena itu, bila sepi telah punah maka biasanya cinta juga akan turut terbang.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dekapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai”darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Jika kamu mengerti seperti apa cinta yang tulus, cintailah aku seperti itu. Jangan lebih, sebab hanya cinta seperti itu yang kubutuh.

Jika kamu mengerti seperti apa kasih suci itu, kasihilah diriku, seputih kasih itu, karena hanya putih kasihmu yang kumau.

Jika memang benar kau dan aku ditakdirkan bersatu, maka takkan ada satupun yang bisa memisahkan kita.

Hal terberat yang kita lakukan adalah melihat orang yang kita cintai mencintai orang lain.

Hanya diperlukan waktu semenit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Rasa cinta akan semakin terasa ketika kita kehilangan dan sadar bahwa betapa kita telah menyia-nyiakannya.

Aku mencintaimu kekasihku, sebelum kita berdekatan, sejak pertama kulihat engkau. Aku tahu ini adalah takdir. Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan kita.

Cinta adalah tamu yang selalu datang tanpa undangan tapi kepergiannya tidak pernah diharapkan. Dan sesungguhnya hati akan merasa memiliki cinta apabila cinta itu telah pergi.

Cintailah orang yang kau cintai sekedarnya saja siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan berbalik menjadi orang yang kau benci dan bencilah orang yang kau benci sekedarnya saja siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan menjadi orang yang kau cintai.

Satu-satunya tujuan dalam suatu hubungan adalah belajar bagaimana kita dapat menjadi manusia yang mencinta.

Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dekaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.

Jatuh cinta adalah hal yang mudah, memeliharanya pun tak sulit, kesepian manusia sudah cukup menjadi penyebabnya. Yang sulit dicari adalah teman yang kehadirannya terus menerus menjadikan dia orang yang terus diinginkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...