please leave ur link. tQ~

Monday, February 28, 2011

jejalan sampai tak ingat dunia. *_*

Hey kamu kamu semua. huhu.

Kenapa petang petang begini mood sentiasa mengantuk?? boleh cuba bayangkan tak??



.................................................





sesi membayangkan sudah pun habis.

aku mencorat coret kan sini masa bekerja ini sebab aku MENGANTUK!!! ahaha. sila ketawa dengan kuat dan seboleh yang mungkin. kerja jangan cakap laa. memang tak penah nak siap. memang sentiasa mencemburui aku dan opismate aku yang lain nie. oke, berhenti gelak sekarang.

nak tahu kenapa aku mengantuk tahap dewa hari nie??

kata aje hujung minggu, boleh rehat rehat, tidur sampai matahari pacak atas kepala. tapi tidak bagi aku. kesian kan. aku masih lagi dalam mood kurang sihat dan emosi tidak stabil. sila laa menyemaknya disini. tapi sekarang cuma kurang sihat aje.

walaupun kesihatan aku masih lagi tidak mengizinkan, aku masih lagi mampu untuk pergi bersuka ria bersama kawan - kawan aku. ahaha. semalam, aku sempat laa pergi majlis perkahwinan abang kawan aku dekat Ayer Molek, Melaka bersama yang tersayang. masa tu demam da oke sikit, selsema da kurang TAPI suara pulak yang kejap kejap ada, kejap keja tak ada. so cakap pakai bahasa isyarat jela nanti. ahaha.

biarpun tak ramai clssmate aku yang datang tapi pada kami yang datang nie tetap meriah, DAN aku jumpa pengasas blog aku yang tercinta nie. wahh berpelukan kami berdua. bagaikan 10tahun tak berjumpa ! ahaha. rindu laa kawan, say effa.







lepas aje pergi majlis orang kahwin tu, aku dan tersyang pun pergi laa dating kejap. mula - mula nak pergi PCFair, tapi tukar plan pulak. huhuu. so kitorang lepak tepi pantai puteri sampai laa petang. *budak bertuah nie memang tak reti nak balik rumah !*








Akhirnya, pukul 7 lebih baru aku gerak balik Batu Pahat. sampai je rumah, relax relax jap, terus tidur sebab pagi tadi aku kena drive balik Johor Bahru. gila tak gila laa. da laa penat tak hilang lagi, tidur tak cukup. kan da terkapai kapai nak buat kerja sekarang nia. sungguh tragis faten ! walaupun penat tu masih terasa lagi tapi enjoy laa keluar semalam. huhu.

fendi owh fendi.. *lau laa dia dengar kan. * i just wanna say thank you sebab sudi jemput aku pergi uma kau. hehe.

tata korang. *senyum sampai telinga sebab ada opismate tegur pakai eyeliner baru, hot from Watsons * ^_~

Saturday, February 26, 2011

kau memang suka buli orang !



Hello semua. Selamat hari sabtu.

hehe. apa mimpi laa hari nie nak update blog nie. selalunya time time macam nie cuma update facebook jep. hehe. 24jam facebook. sebab tu mata da lebam lebam, jari da bengkak bengkak. tapi apa ada hal. da selalu buattt. ahaha

okeh, entri kali nie pasal my lovely brother. kenapa nak bercerita tentang dia pulak?? special sangat ke? special sangat laa. abang kandung kot. hehe. baru baru nie dia telah pun melangsungkan perkahwinannya bersama insan yang dia cintai. bila tengok dorang berdua ni, betol betol nampak sweet couple. i love it ! ahaha.




bila tengok dia da kahwin ni kan, mula laa kenangan kenangan lama menerjah. hehe. nanti aku akan rindukan dia. huwaaaahahhaha

ada satu hari tu, masa tu aku kecil lagi. around 8 or 9 years old gitu laa. anak bongsu ni kan manja dengan mak dan abah. aku dan adik aku nak sangat ikut mak dan abah pergi konvo kakak aku kat Johor Bahru, tapi parents tak bagi. hehe. mak cakap esok pagi bangun ikut mak. kami pun percayalah.

esok paginya, bila bangun tidur jep, tinggal aku dengan adik ajep. mak dan abah da pergi daaa. so kitorang pun meraung sampai bengkak bengkak mata bagai. ahaha. then abang aku nie berjanji nak bawa pergi jejalan keliling kampung. ahaha. tu pun jadi sebab masa tu belum pandai bawa motor sendiri. last last kitorang kena marah sebab nangis tak berhenti henti. ahaha.

bila tengahari menjelang, dia cuma masakkan meggi untuk kitorang jep. hahaa. lepas dari peristiwa tu, aku dengan dia da kurang tegur da. tengok dia jep macam nak makan orang. dia pun belajar jauh. tak selalu laa jumpa. dulu memang dia garang. tapi sejak sejak dia da kerja, da ada tunang tu baru laa aku dengan dia ngam balik. mesra laa. boleh laa gurau gurau jep. tak ada laa macam dulu dulu. hehe. dan banyak lagi kenangan yang kami sama sama lalui. dan yang paling seronok, dia dengan abang sulung aku pernah campak aku kat banjir sebab aku tak nak pergi sekolah ! ahaha. may i flashback?? huhuu.

now, he is very sporting ! sejak da kahwin nie, agaknya lagi senang dia nak mesra mesra dengan adik adik dia. ahaha.

selamat pengantin baru untuk man dan maria. semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit bagai. i will miss our memory !

Friday, February 25, 2011

jangan laa sakitkan aku lagi. !




Fikiran kosong.
Otak tidak lagi mampu berfungsi dengan warasnya.
Ya Allah.

kemana hilangnya diri aku yang dulu. sungguh tidak ku minta semua ini. luaran nampak sihat, dalaman siapa tahu? sila angkat tangan dengan megahnya ! oke oke, turun tangan semua. senyum penuh ikhlas.

~

aku bukannya suka cari kesalahan orang lain untuk membuat diri aku megah semegah megahnya di khalayak ramai. pergi ke mana mana ajep ada yang bercerita tentang aku. NO ! itu bukan aku. tapi sering kali aku disalahkan. sering kali tindakan aku disalahertikan. umpama aku ni menadah bara api jep. *ada ke peribahasa tu?? abaikan.

mengapa?? dimana silap ku? huraikan laahh maksudmu itu !

biar puas hati mu menyalahkan ku ini !





cukup ! hakikatnya aku tidak kuat untuk tempuhi semua ini. namun..

Allah lebih mengerti..



mood lagi tak ada. kurang sihat. selsema bercampur batuk. sakit tekak yang sudah berlarutan. jap lagi sure demam. suara kejap ada, kejap tak ada. hati kena banyak banyak BERSABAR ! ngeeEe~


just follow the way you like !



Tuesday, February 22, 2011

keluar bersama bekas budak budak sekolah ! ^^'

Saya tidak lagi bergelar budak sekolah..

Budak sekolah? zaman kegemilangan yang paling best ! sape sape akan rase kan. berkawan dengan semua orang. then kena gosip gosip dengan admire. ahaha. tak pikir keje ke ape ke kan. belajar belajar dan belajar. kena denda. berebut nak beli makanan kat kantin. alangkah seronoknya kalau dapat kembali ke zaman itu.! stop it !

Isnin lepas, aku sempat laa keluar dengan geng kampung aku, saje je nak celebrate result STPM yang tengah hot dibicarakan dimana mana sekarang nie. anyway, tahniah untuk kawan kawan aku yang ambil STPM nie. kalau tak, aku pun dulu dulu macam dorang jugak. tapi bukan rezeki aku disitu. hehe.

Oke. aku tak bekerja. maka dia dia laa yang kena belanja aku nie. aahaha. pizza hut menjadi menu kami. BP Mall lokasi pilihan kami. sempat laa window shopping jap walau pun kesuntukan waktu. sebab patutnya petang tu aku kena kembali ke 'hostel sementara' aku. hehe. enjoy walau pun keluar bertiga ajep. !



3cawan mewakili 3 dara pinggitan



cakkk!



bersemangat pegang sudu n garfu !



saje nak tayang gigi !



konon nak promote. ahaha



lazzzaaaattttt !!!



^^'



luv 4 me !




thanx korang sebab belanje. laen kali sila laa belanje lagi. ahaha*_*



Friday, February 18, 2011

Yang Bukan Aku..


bisu. membisu seketika. bukan untuk selamanya. setelah sekian lama aku berbicara. dari hati ke hati. menyelami sedalam - dalamnya. tiada erti lagi.

berbicara tentang itu kadang kala membuat hati tersentap. termanggu. fikiran terganggu. emosi makin tidak stabil. mujur mereka makin tidak memahami.

sekian lama aku berdiri di lorong itu. mengapa mereka tidak menyapa? mengapa mereka tidak berbica bersamaku? terus - terusan mengeluarkan kata - kata nista. kata - kata yag tidak mampu difikirkan oleh akal waras manusia ini.

dengarkan kata hati mati ! dengarkan kata akal hidup aman sentiasa. mengapa kebahagian itu cuma sementara? tidak puas ku merasai. merindu setiap detik yang berputar. sungguh ! masa yang berlalu tidak mungkin berulang. masa yang semakin mencemburui kita.

semalam, waktu ku lalui lorong itu. keadaannya semakin gelap. samar - samar. hari ini, kau meneruskan langkah di lorong itu. gelap - gelita. tiada cahaya. tiada arah tuju. kemana langkah kaki ku ini? di mana mereka? mereka yang selalu menghantui hidup aku.

sabar. sabar itu indah. dimana indahnya? ada. rasakan melalui hati. pasti kau ketemui. aku yang masih melalui lorong itu, masih mencari sinar kebenaran. tunggu. tunggu itu memerlukan sabar. maka bersabarlah. semoga masih ada sinar di hujung jalan sana. aku akan terus menunggu. InsyaAllah, dengan keizinanNya.

kosong. seperti lorong itu. dulunya terang dengan sinar kebahagian. kini semakin gelap dicurahi kata - kata nista. sampai bila? mengapa tiada penghujungnya? mana puncanya? mana penyelesaiannya? dimana kejujuran itu? kebenaran itu? persefahaman hilang lenyap dikaburi anasir - anasir luar.

Ya Allah, sungguh besar ujianMU. sungguh tidak ku mampu terus tanpaMU. berikanlah sinar kebahagian, kesejahteraan dan keharmonian kepada mereka. aku hanya insan kerdil yang cuma menumpang di sisi mereka. tiada ruang untukku terus berbicara. hilang semangat ku. maka aku hanya memilih untuk membisu. itu lebih bermakan buat mereka dan juga aku. sekian.



sungguh aku hanya insan kerdil dimata mereka. +_+

Monday, February 14, 2011

Terwujudnya blog ini, maka wujud laa pencatat sejarah. ahaha

hello hello !! ada orang ke tak ada orang nie ?? ahaha. salam semua. kenapa laa saat - saat begini aku tidak lagi melelapkan mata berbuaikan mimpi - mimpi indah. aduhh kalau laa putera raja yang jadi hero dalam mimpi aku kan. argghh! itu semua hanya mimpi. tengok laa, mimpi lagi.

tapi yang ini bukan mimpi dong ! ia begitu benar - benar.

blog ku ini terwujub disebabkan masalah teknikal. ! sungguh aku tidak terniat untuk melakukan perkara yang begitu kejam ini. ceritanya bermula apabila..~

lokasi :: rumah effa lyana, clazmate aku.

sedang aku dan uyul, also my clazmate duduk senang hati, effa tiba - tiba menjerit. "Aten, kau ada email x??". "Ade laa, kenapa?" *ingat aku nie lemb sangat ke tak ade email. hahah* then dia sambung lagi, "aku nak pinjam email kau, nak buat blog nie." haa?? termanggu aku disitu. kenapa mesti aku kan?? huhu. "nak buat step untuk presentation power point nie. aku da ada blog, jadi tak boleh laa nak create yang baru. " Errrkkk. oke laa, aku pun bagi laa email aku.

oke, lepas je bagi email tu, dia pun terus terusan menyiapkan task tu. kami kami ni memang suka buat kerja last minit. macam nie laa jadinya. huhu. dipendekkan cerita, siap sudah blog ini dia tacap - tacap. dengan picture profile yang entah apa - apa, tajuk blog yang comel - comel. ahaha. macam nie ke blog aku masa mula - mula wujud. kelakar bila ingat - ingat balik. dan effa pun dapat markah yang agak - agak begitu tinggi belum mencecah langit untuk presentation dia tu. alahaaaiii~

disebabkan aku bukan kaki membelog pada masa itu, maka aku tinggalkan blog aku yang konon - konon comel lagi cute plus cun nie begitu saja. for a long time baru laa aku jengguk blog aku ni. suda bersawang, usang lagi catnya sudah tertanggal - tanggal. nasib baik tiang serinya masih lagi kukuh untuk terus bertahan. ahahah. *sila ketawa guling - guling sekarang jugak!

setelah aku mengecat baru dan tukar wallpaper ikut gerak hati serta menggantikan tingkap - tingkap yang dulu tercabut. haa. kan comel gitu. lagi comel dari yang dulu - dulu punya. ahaha. *puji sendiri. pelbagai gambar - gambar yang telah aku gantung bagi menaik kan lagi seri blog ni. ahahaha. sila laa meneroka blog yang konon - konon comel nie ek. sekian.



wif uyul, teman semangkuk meggi.



ni laa effa lyana, pengasas blog faten ahmad. ahaha

*_*

Saturday, February 12, 2011

saya mahu yang terbaik !


kenapa masih lagi terniang - niang?? masih lagi terdengar - dengar di telinga nie??
huu~ *semoga ia cepat - cepat luput di telinga nie dan aku tak ingat pape lagi.*

saya tau saya bukan yang terbaik, tersangat baik. tapi saya cuba menjadi yang terbaik. baik untuk semua orang. saya tak mahu ia berlaku, tapi ia sudah terjadi.

lepas 1, 1 lagi menjengah. dan seterusnya. sampai bila - bila. bagai tiada penghujungnya.


sabar, sabar dan sabar.


Thursday, February 10, 2011

saket saket pun sempat lagi berbelog !


okeh okeh. mood betol betol tengah tak baik sekarang nie. macam nak demam aje. tiba tiba temperature badan nie naik tanpa sempat aku mengeceknya. huhu.

awal awal lagi sudah menjengah 'bilik pendua.' ! memang terbaik laa kan. aku bukan yang jenis macam tu tapi lau da sampai kes special nie. kena laa rajin kan diri jugak kan. huhu. tengok jam baru pukul 6.15pagi. awal gilo laa !

pagi nie tak sempat buat sarapan. so sarapan kat opis jela. kuah talam berlauk menjadi menu pagi nie. sedap sedap. then tak sampai 1jam aku duduk. yeah ! 'bilik pendua' laa yang aku tuju. sampai ke lunch, tak ade selera nak makan. hulur laa ape ape aje, sikit jep aku jamah. huhu.

then bila da petang nie, aku still ke 'bilik pendua' tuh. huhu. bila laa nk berenti nie. huhu. hope aku kembali seperti sedia kala. heehee. kesian akuan nie, bile laa aku nak siapkan die ek. errrkk~

suda ade tenaga untuk pulang ke rumah nati. (:

nie mesti kes mcD malam td nie. tobat tak nak makan untuk sebulan nie !!

Wednesday, February 9, 2011

percubaan pertama ! go go faten !


Serius aku tak penah begini !!!

Ahahaha. sabtu lepas, aku kuar dating bersama tersayang. so sebelum hari tu tiba, aku berangan - angan lah nak tukar penampilan sikit. asyik sama jep tiap kali kuar ! tup tup tang baju tu jugak aku pakai, tudung tu juga aku capai. seluar jangan cakap lah. jeans, wajib !

Memang da berniat lama akan hal ini, tapi disebabkan ke'luas'an wang, dan ke'banyak'an idea, maka niat tu tinggal niat saje. tapi sekarang aku da membuktikan niat aku itu tercapai. ilham ini aku curi ( bukan curi, tapi sumber inspirasi ) dari orang sekeliling aku nie. mula dari housemate aku sampai laa kenalan praktikal aku, baru laa aku terbuka hati untuk mengapai bintang di langit tu. wow ! tinggi tu, mane nak capai ni kan ? ~

Dulu - dulu, bila orang tanya, aku cuma jawab pintu hati belum terbuka. ahaha. kakak aku pun ada sarankan tukar sikit cara bertudung tu. aik, ada yang tak kena ke? salah ke aku terus begini? tapi itu dulu, sekarang aku nak cuba sesuatu yang baru. bila tengok orang bertudung macam tu nampak cantik. aku bukan nak cantik macam dorang tu, just for fun jep. enjoy kan diri sendiri. *tak mintak pujian pun* ahaha

Aku mula laa mencari - cari bahan supaya plan gila aku nie tercapai. ke hulur ke hilir sorang - sorang. boleh mati kutuk macam nie. haha. tapi apa boleh buat. just co0l beb !!

So nie laa hasilnya ! mehhh tengok ramai - ramai. (:


sungguh ketara perbezaannya. huhu~



setelah di tacap - tacap ~


my currently wallpaper !


Bila pakai macam nie, aku rase. Ya Allah, tembamnya aku nie. ahaha. pas nie boleh laa test - test pakai cara yang lain pulak. ahaha. tapi tu dalam bab niat yang lain pulak laa. ahaha. niat yang ni da selamat aku tunai kan. Alhamdulillah ~

*_*




Monday, February 7, 2011

khurafat, antara best dan tak best !!


Bila tengok entri kali ini, mesti aku teringat ingat, terniang niang jeritan aishah dalam filem nie. haha.

baru baru nie, aku tengak laa cite nie, yang meletop macam belon tu kan. haha. konon konon berangan aku nie kuat macam powerpuff girl tu kan. tak takut. weeee~ pegi dengan perasaan berkobar kobar !

last last duit aku melayang gitu aje. hahaahahaa. naseb baek tak banyak mane tapi sayang tuh beb. meh ler story seket sal cite tu.

intro cite nie besh gak laa. biase biase jep. sound effect jep yang lebih lebih. kuat bukan main lagi. huhu. lagi kuat sound effect tu, lagi kuat aku tutup mata. haha. jalan cite die oke laa. agak menarik. more flashback laa & the best part masa johan bukan name sebenar tu dokong mayat anna tu. nampak real abesss. hehehee.

dalam hati berdetik, biler laa cite nie nak abes. cepat laa mase ! cepat ! tup tup jep, da abes. haha. fuhh lega gilaaa !! da boleh kua wayang. tapi tu laa, untuk orang yang berani takut takut macam aku nie better tak payah lagi pegi tengok cite seram seram nie. haha. macam membazir je kan. erkk. menyesal tapi seronok. ahahahaha~

pistt! pas ni tobat nak pegi tengok cite seram lg !

Friday, February 4, 2011

kadang kadang marah itu penting !


huu~ bunyi entri kali nie macam betul betul tengah maree ajep. haha. entah laa, semua tu mainan perasaan.

cume nak share yang aku nie kadang kadang tak bape reti manage perasaan nie. lagi lagi bab marah ! sedaya upaya cuba menahannya untuk tak marah kepada tuuttt. namun akhirnya, terluah juga.

tapi bagus juga, sebab bila kita marah orang tak ade laa fikir bukan bukan. dan kalau die tau salah dia yang membuatkan diri kita marah, lagi laa bagus. tak payah nak kalis kalis ! penat mehh~

sudah sudah nya, diri sendiri yang tertekan. jadi, baik pergi wat terapi hati dan minda kat mana mana yang sesuai. tak pun menangis sorang diri. huhu. hati nie bila dah tak tahan sangat, dengan sendirinya kita akan menangis. huhu~


hope esok semuanya akan oke saje ~ *_*

Tuesday, February 1, 2011

bile pertemuan diakhiri dengan perpisahan ~

mood ari nie berterabuh! sume macam nak tak nak aje.

pagi -pagi lagi sudah memasang strategi. haha. macam nak berperang aje bunyinye. hahagaga. strategi yang aku takkan bersedih depan akaq aku tu. yela, mulai ari nie, i will be lonely. huhu. macam sedih aje kan. cool beb !

tadi tak breakfast, tapi sempat laa minum milo (*tak penah - penah breakfast milo jek) then zana, anak tuan tanah opis nie ajak pegi pusat bandar, temankan die buat skin treatment. oke laa, pagi - pagi nie belum ade keje sangat. huhu. sempat laa die belanje breakfast, yang laen-laen kena claim oke. haha.

now, aku cuma duduk-duduk saje. memikirkan ape yang akan berlaku lepas nie. haha.

tak penah selama aku duduk dengan akaq nie, aku kua sorang-sorang. tapi tadi malam, aku da buat keje gile. huhu. so, aku decide nak kuar shoping. dapatlaa tenang kan diri nie jap. aku macam tak sanggup nak berpisah dengan akaq aku tu. ello! die bukan pegi mane pun, die cume nak stay rumah mak mentua die saje sepanjang tempoh berpantang nie. relax laa. haha. cakap memang senang kan, tapi dalam hati nie, bekemacuk beb !

aku cume menbayangkan hidup aku selama sebulan nie tanpa die. owh my god! mesti sunyi. huhu. mesti aku rindu suare die tikala memanggil aku soh makan, soh tolong die itu laa ini laa. then suare husband die yang suke memerli aku tu. "makan aje laa fesbuk tu" haha. aku suke dengar husband die cakap macam tu. haha. *padahal die pun same, kaki fesbuk !


muhamad adib danial.

Sabarul minal iman, faten! jangan lupe tu. so as long aku boleh bersabar, bersabar laa. (: sebulan tu tak laa lame mane. hehe.

esok. esok. esok. cepatlaa esok. tak sabar nak balik kampung nie. hehe. parit raje! tunggu kepulangan ku! haha.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...